follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Sunday, 14 June 2015

Apa dah jadi?

Assalamualaikum Semuanya.
And Salam sejahtera pembaca blog gue! :)

Apa dah jadi? aku macam terkesima gila sebab lama gila tak bukak blog gila.
*Merapu

Last aku update blog aku 2 years ago! Really?
Actually aku kira nak delete blog aku ni, tapi macam sayang pulak.
so aku buat keputusan untuk membiarkan blog ni terus bersarang.
*KEJAM!

Aku try usha blogger-blogger yang fames kat dalam ni.
ok, mereka semua lagi terok dari aku rupanya.
Ada yang last update blog 4 tahun yang lepas ya tuan tuan
EMPAT TAHUN YANG LEPASS
*Jeng jeng jeng jeng!

Aku terus membuat kesimpulan kenapakah hal ini berlaku:
1) Banyak aplikasi yang lebih menyeronokkan daripada blog
2) orang sekarang lebih kepada buat Vlog sebab lebih mudah
3)Ikut trend. Zaman blog-blog dah berlalu. now zaman Dubsmash!
4)Tak tahu nak tulis entry apa sebab malas nak fikir dan malas nak mengarang
5)Tak ada masa. Busy dengan kerja/hal/perkara/tamggungjawab yang lain.

dan aku yang nombor 5! hmmm

Dubsmash – Fenomena Aplikasi Smartphone Remaja Malaysia Terkini! (www.Veedo.my)


Sesuatu yang tertinggal: Rindu nak aktif blogging macam dulu :/

Saturday, 30 November 2013

10 bulan telah berlalu

Salam :)
ok. macam mana nak mula ni?
sumpah lama gila aku tak update belog aku yang BANYAK FOLLOWER nih. *Banyak lah sangat kan?



Muiz kacak apa khabar?
Alhamdulillah, aku sekarang sihat je.
Result STPM aku dah pun keluar nye pon hadoi ter ber.
Aku nye result okay je. taklah gempak sangat. biasa-biasa je. Tp kannn Alhamdulliah aku dapat sambung belajar dekat USA ! :) *Dalam mimpi.


lemak dekat pipi aku semakin bertambah T_T


Muiz Kacak Study kat mana sekarang?
Aku dapat continue study kat Local U je uolss. U kat negeri aku sendiri. Dekat sikit.
Akceli, aku dapat kot tawaran nak study kat USA. tapi aku tolak. Aku tolak sebab waktu tu aku tengah drive kete. *err. macam takde kaitan je. okfine. memang takde kaitan. saja merapu. ko pehal?


Tempat aku menimba ilmu. Cer teka kat mana ni? Sumber: Encik google



Macam mana kehidupan Muiz Kacak?
Kehidupan aku sekarang sumpah bosan gilerrr !
Hal ini demikian kerana, banyak Assignment. Selain itu, Assignment berlambak. Malahan pula, Assignment banyak. Oleh itu, Asignment banyak. Kesimpulannya, Banyak Assignment. kalaulah Assigment ni ada Facebook memang aku dah unfriend dia. malah aku block dia. *merapu lagi -_-





sesuatu yang tertinggal: hmm. rindu alam persekolahan ;')



Saturday, 19 January 2013

keBOSANan yang melampau.

Salam :)
apa khabar semua sihat tak? *krikk. krikk. krikk..
okay. semenjak aku dah habis menempuhi ujian paling susah didonia yakni STPM kan, aku rasa kehidupan aku semakin tenang dan jugak releks gitu. Kepala hotak aku tak beserabut nak pikeq pasal homework bagai. Malah, Aku merasakan seolah-olah aku beterbangan di awan sambil ditemani oleh pari-pari. waahh! indahnya. okay, aku tipu part terbang dengan pari-pari tu.

Tapi yang tak berapa nak syoknya ialah aku tak tahu nak buat apa waktu cuti ni. Waktu cuti aku disia-siakan begitu sahaja bagaikan melukut ditepi gantang. err. macam pelik je bunyi. lantaklah -.- 



Hari-hari biasa okayla, masa aku dihabiskan kat tempat kerja. Tapi hari weekend nilah yang paling aku bengang sekali. Aku tak tahu nak buat apa. Masa tengah STPM dulu bukan main banyak lagi benda aku nak buat. tapi dah habis habukk pun takdakkk. bye.


Sesuatu yang tertinggal: jum batu seremban !

Tuesday, 1 January 2013

1st entri 1/1/2013 :)

Salam, selamat tahun baru. Ohya, besok aku dah mula kerja. excited dan tak sabar giler. yang penting GAJI okay ? hahahaha. btw, tu je kot yang aku nak kabarkan. Malas nak type panjang2. bosan tak 1st entri aku ? hahaha. bye.




Sesuatu yang tertinggal: Azam baru ? nak berkawan dengan budak nama azam -.-