follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Sunday, 22 February 2009

AbOuT mY skOoL~

hye, guys.. want to tell u about my Skool smk mj or lebih dikenali sbg SMK MATANG JAYA.. hehehee~ sje je nk cerita pasal skool nie.. dh xde citeR lain.. hax2!!! nk citeR pasal history skool nie plaK..


history
Sekolah Menengah Kebangsaan Matang Jaya merupakan sekolah menengah yang pertama dibina dalam kawasan perumahan di Sarawak. SMK Matang Jaya terletak di Taman Matang Jaya, Jalan Matang yang ditadbir oleh Majlis Daerah Padawan. Sekolah ini dibina pada 25 Mei 2000 dan siap pembinaannya pada 18 Disember 2003 dengan kos binaan sebanyak RM38 juta.Sesi persekolahan 2004 bermula pada 5 Januari 2004 secara menumpang di SK Matang Jaya sehingga 24 Januari 2004. Sesi persekolahan secara rasmi bermula di bangunan sekolah ini adalah pada 26 Januari 2004


Pengambilan Pelajar Sesi 2004
Tingkatan 1 - bermula pada 5 Januari 2004 sebanyak 4 kelas (Kelas 1A-1D)
Tingkatan 6R - bermula pada 21 Jun 2004 sebanyak 5 kelas (6B1-6B5)


Tenaga Pengajar 2004
Pada bulan Januari hingga Mac 2004,terdapat sebanyak 9 orang tenaga pengajar termasuk Penolong Kanan 1 (yang memangku tugas pengetua) dan penolong kanan HEM memangku tugas PK1) ditempatkan di sekolah ini. Guru kaunseling, Puan Kamisah Haili melaporkan diri pada bulan April 2004 diikuti oleh 2 orang guru lagi pada bulan Mei. Pada bulan Jun bilangan guru bertambah lagi dengan kemasukan para pelajar tingkatan enam rendah iaitu 6 orang guru pada bulan Jun dan 3 orang guru lagi pada awal bulan ogos. Sehingga akhir tahun 2004,tenaga pengajar yang bertugas di sekolah ini adalah seramai 21 orang termasuk seorang guru sandaran. Pada 16 Januari 2005, SMK Matang Jaya secara rasminya telah menerima kehadiran pengetua, iaitu Puan Saftuyah Bte Haji Adenan. Menjelang penghujung tahun 2005, bilangan tenaga pengajar bertambah kepada 58 orang dan staf sokongan kekal 9 orang.



gambaR mY skOoL~~


dataran jaya~
ruang legaR blok akademik~

surau~kuaters guru~kantin~bilik buku teks~bilik mesyuarat~meja makan guru~makmal komputeR~

2 comments:

A.I.Z.A.T said...

cantik skola ko..
blaja rajin2 ye dik

ko paham! said...

hahahaa~
biase leR..
skola bru..
yup2, study smart and hard,..!!