follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Friday, 31 December 2010

Berita mengejutkan! Faizal Yusuf telah kembali ke rahmatullah~

salam~

Berita mengejutkan aku time bukak FB tadi.
Faizal yusuf telah kembali ke Rahmatullah.
korang boleh bukak link ini..


Allahyarham meninggal sekitar jam 1.
btw, aku suka sangat2 lakonan dia.
best sangat2.
sekarang, kita telah kehilangan seorang pelakon yg serba berkebolehan.
Al-fatihah. semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.


p/s: ajal sentiasa mengejar kita.

Hantar 2010 ke bus station dan amik 2011 kat airport

salam :)

yahh. sangat laju, pantas, cepat masa berlalu.
Aku masih ingat lagi saat-saat sambut 2010 kat KL.
suasana kat sana lebih meriah, kecoh dan riang!
sekarang Sambut Tahun Baru 2011 kat kuching.
2010 banyak kenangan pahit dari 2009.
so hope tahun baru ni mendatangkan kenangan manis yang lebih banyak.
*Toooollloongggglahhhh!

2010 tarikh keramat sebab aku mangsa SPM yang kejam dan tak berperikemanusiaan langsung!
*drama lak!
Yelah. Tahniah wat pasukan bola sepak Malaysia yang dapat mengalahkan indonesia.
*congrates2. nah! 20sen setiap sorang. jangan nak lebih2.

Okay semakin lama aku menulis, semakin mengarut lak entri ini.
okay. Bye semua! TERIMA KASIH kepada para pembaca yang sanggup membaca blog yang serba kekurangan ini. kekurangan sangat-sangat.
azam baru next year nak jadi yang lebih baik plus nak tingkatkan kualiti blog ni setanding blog otai2 diluar sana.

nah. pic yang aku edit. simple je bro! tak sehebat korang2 kat luar sana.



p/s: Semoga kenangan yang lalu menjadikan kita lebih dewasa! fuyyoohh!

Wednesday, 22 December 2010

Setiap detik adalah untuk disyukuri.

Salam :)

Sedarkah kita. Bahawa setiap detik yang berlaku dalam hidup kita adalah untuk disyukuri?
Dan saya ingin ajukan soalan kepada pembaca.
Bila masanya manusia akan mengucap Alhamdulillah..?
Menurut kajian saya...
Manusia akan mengucap Alhamdulillah bila dapat bonus, dapat apa yang diinginkan, dapat makanan yang sedap.
Betul bukan?
dah2. Tak payah nak sorok2 muka tu.


Setiap detik adalah untuk disyukuri.
Suami buat hal. Syukur, kerana Allah beri peluang berkhidmat sebagai isteri. Syukur, ada suami. Syukur, ada lelaki yang menginginkanmu jadi isteri. Syukur, Allah memberikanmu jodoh.
Ada wanita, sehingga ajal, tiada jodoh untuknya.
Usia meningkat namun masih belum kahwin. Syukur, Allah sedang beri peluang mempelajari ilmu rumah tangga daripada orang lain. Syukur, masih ada keluarga yang menyayangi dan menghargai. Syukur, masih punya kerjaya. Syukur, masih punya nyawa.
Ada orang, kahwin sebulan, bercerai-berai.
Anak degil. Syukur, Allah beri peluang menjadi ibu. Syukur, ada syurga di telapak kakimu. Syukur, berpeluang syahid jika mati ketika melahirkan anak. Syukur, doamu lebih makbul daripada wanita bujang.
Ada wanita, sehingga ajal, tidak merasa menimang zuriat sendiri.
Harta dicuri atau musnah. Syukur, masih ada nyawa. Syukur, Allah masih mengingatimu dengan memberikanmu ujian. Syukur, hanya harta yang dicuri atau dimusnahkan, bukan dirimu.
Ada orang, sehingga ajal, tidak pernah merasa memiliki harta sendiri.
Kesesakan jalan raya. Syukur, masih punya kenderaan sendiri. Syukur, masih boleh menumpang kenderaan awam.
Ada orang, hanya terbaring sakit sepanjang hayatnya.
Kematian insan yang disayangi. Syukur, diberi peluang hidup bahagia bersamanya. Syukur, berpeluang membacakan Fatihah untuknya. Syukur, kerana yang mengambilnya ialah Allah.
Ada orang, sebatang kara. Tiada siapa hendak mendoakan, tiada siapa hendak didoakan.
Ditinggalkan sendirian. Syukur, masih ada malaikat menemani. Masih ada alam meneduhi. Masih ada Allah yang Maha Melindungi.
Seburuk, setragik, sedahsyat mana pun musibah yang dihadapi, SYUKUR!
Ia tanda Dia sentiasa memberi nasihat kepada kita!
Ia tanda Allah masih ingat pada kita!
Ia tanda kita masih ada dalam jadual kerjaNya!
Bagaimana hidup, kalau Allah campakkan kita jauh dariNya?
Bagaimana hidup, kalau Allah lupakan kita?
Bagaimana hidup, kalau Allah abaikan kita?
Bersyukurlah di setiap detik, kerana semua yang berlaku adalah tanda Dia menyayangi kita.
“Jika Kau campakkan aku, ke manalah hendak aku mengharap, selain padaMu….”
Maha Benar Allah, dan segala nikmatNya.


p/s: Alhamdulillah :)

Encik Masa. Boleh tak awak Jangan laju sangat?

Salam :)
Encik masa :)

sedarkah korang semua bahawa Encik Yang bernama Masa berjalan dengan pantas kebelakangan ini?
oh. Adakah dia tak saba nak amik result final exam sampaikan kita ditinggalkan begitu sahaja?
sampai hati ko masa! huh. merajuk!
*gedik bukan? abaikan. penulis sedang keboringan.
oke2. back to topic.
macam baru semalam aku sambut Tahun baru 2010 kat Kuala-Lumpur.
Time tu best sangat2 tengok bunga api.
tak pernah tengok bunga api semenjak aku dilahirkan.
*auta! auta! auta!

oke. bukan tu yang aku nak khabarkan.
akceli. Aku harap disember ni berlalu ngan slow.
tp. disebabkan encik masa Selfish.
aku Redha.
Banyak sangat kenangan time 2010 yang sukar untuk dilupakan.
Semua kenangan ada. ada pahit, ada manis, ada masin, ada yang x cukup gula.
dan pelbagai lagilah. pandai2 korang pikir sendiri.
Tak lama lagi MR 2011 akan tiba dilapangan terbang 'New Year'.



p/s: belom fikir lagi azam baru. anda bagaimana??

Bertudung. Adakah Ikhlas Kerana Allah atau Trend semata-mata

Salam :)

Sedap mata aku tengok. *gambar hiasan*

okay. entri kali ini tentang pakai tudung.
Adakah pompuan zaman sekarang ni pakai tudung sebab nak ekot trend or ikhlas kerana Allah?
Menurut kajian yang saya kaji..
*x salah berangan nak jadi prof kan2? katakan yes!
Ramai Pompuan pakai tudung sebab paksaan mak bapak.
ada jugak yang ikut trend.
ofcozlahkan. style tudung macam yuna dah jadi ikutan pompuan2 diluar sana.
jap2. Yuna bukanya luna yg pensil warna tu. jgn silap doh.
x pandai nak bezakan jugak? tgk pic d'bawah.

Pensil kaler Luna.

Yuna. my sister yg hanya wujud dlm mimpi. huhu.

x pandai bezakan jugak?
ko memang Ngok!

Menurut Hadis Rasulullah S.a.w: 
wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna tidak akan dapat mencium bau syurga, apatah lagi untuk memasukinya.
Agar tidak termasuk dalam golongan ini, tutuplah aurat mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syariat. Iaitu menutup seluruh tubuh badan melainkan muka dan kedua tapak tangan. Pakailah tudung sehingga dapat menutupi paras dada, pakaian yang longgar dan tidak nipis serta tidak menampakkan susuk tubuh anda

WALLAHU TA’ALA A’LAM


p/s: renung-renungkan tp jangan renung sampai tertido~ wasalam

Monday, 6 December 2010

Salam Maal Hijrah :D


Salam :)
yea. kita dah sambut Awal muharam rupenyer.
Masa agak pantas mengejar2 kita.
wahh.
a'ah kan, mane x nyer, mse zaman dulu jln kaki je. tp masa zmn skunk pakai kete inspira.
ishh3. bagos2. ada kemajuan disitu.
tahniah2.
*ohh mencarut sekejap.


Jangan lupe baca doa awal tahun.
baca yasiin dan doa selamat.
semoga hidup kita akan dirahmati-Nya. Insya Allah.
Hijrah kita skrg bukan hijrah naik unta lg, tetapi hijrah kita hijrah hati,ubah sikap dan baiki diri supaya hati jinak dgn ilahi dan x sesekali menyombong diri. Ingatlah, dunia ini utk kehidupan yg sementara sebelum kita hadir ke alam hakiki yg kekal abadi :)
*keluar al-hidayah aq. hamikk ko.



p/s: apakah azam baru anda???

Friday, 26 November 2010

wanna know more about me?? (kena TAG!) haha.

Salam :)
ingin mengenali budak poyo ini dengan lebih dekat??

wahai sahabat ku! aku telah ditag!
kuang.. kuang.. kuang..!

Baca Arahan. Jangan buka sehingga diberitahu
*wahh. mcm spm lak! haha..

"Once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things, facts or goals about you. At the end, tag another 5 people. You have to tagged the person who tagged you. If i tag you, its because i want to know more about you.."

1. Diri ini sangat poret. oh? apa itu poret? poret ialah penyibuk. Busybody. atau lebih sopan poret itu caring :)



2. Diri ini juga seorang yang suka Ketawa. sangat dan teramat suka. hidup terasa pelik kalau sehari tak gelak. hehe.



3. Diri ini seorang yang pemalu. auucch! haha. tp kalau dah kenal dgn diri ini. dia bukan pemalu, tetapi memalukan. hahaha.



4. Diri ini nampak sombong. sebenarnya TAK! silakan tegur kalau jumpa2 kat tepi jln. aku x akan bunuh korang. jgn takut.



5. Diri ini juga byk emosi. kejap happy. 5 minit lepas tu sedih. tak ke gila namanyer??



6. Diri ini merupakan mangsa SPM. kejam ko spm! huh..



 7. Diri ini suka ckp diri sendiri Cute. hensome. comel. tampan. walaupun diri ini biasa2 sahaja kerana diri ini sangat bersyukur ada wajah yg sempurna. :)Itu sahaja mengenai diriku ini.



8. Diri ini seorang yang periang n gila



9. Diri ini selalu layan lagu jiwang. ekot mood la. kalau marah layan lagu rock yaw..



10. Diri ini mementingkan penampilan yang kemas. sebab dari luaran saja orang akan taw dalaman kita :)



11. Diri ini juga seorang yang suka termenung ketika belajar menyebabkan proses pembelajaran terbantut :P
 

12. Diri ini suka subjek math. tetapi seorang yg ngok dalam subjek tersebut.
 

13.Diri ini sudah mula meminati lagu2 korean! omaigot! layan dohh.



14. Diri ini seorang yang tak cerewet dan tak memilih. asalkan ada, amik saja.



15. Diri ini seorang yang suke berangan. huahua. mcmlah korang x penah. uwek.
 

16. Diri ini tak tahan tengok perempuan gedik n manja. rasa nak tembak ngan meriam jew. ish. kejam2.
 

17. Diri ini merasakan nombor 3 adalah numbo bertuah. kerana. dari form 1 sampai form 5 dpt no 3 jew dlm kelas. setiap kali menyertai apa2 pertandingan mesti dpt num 3. sayang ko 3! muah2.



18. Diri ini kalau tension makan. marah makan. sedih pun makan. tp badan tetap maintain! dan 2 minggu dr skrang akan gemok. haha.



19. Diri ini suka bercakap dan banyak cakap.



20. Diri ini suka makan chezzy wedges kepsi! n Double chese burger MCD. nyum2! teringin nk rse Mac Flurry tp seringkali tak kesampian. huhu.



21. Diri ini seorang yang suka makan coklat. coklat dapat meningkatkan usia(FAKTA)



22. Diri ini sangat suka berjalan. bawaklah kemana saja. di komfem akan ekot. x pernah miss.



23. Diri ini sangat addicted ngan FACEBOOK. omaigot! no!



24. Diri ini suka membaca ketika xde keje nak wat. membaca jambatan ilmu okay.



25. Diri ini x suke bergambar(auta!) dan teringin nk ade cam DSLR sendiri. juga nak ada laptop n kete sndri. wahh. tamak. byk duit mak bapak ko. :P



26. Diri ini suke warna hitam. I adore black damn mucchh! (penambahan) hehe


Aku hanya insan biasa2 jew. nak kenal lebih rapat? add my Facebook.

Muiez Mahzuz


saya dengan ini mege'tag' smua pembaca blog saya.
saya ingin mengenali anda sahabat :)

p/s: ohh. penat wat entry nih.. -_-

Monday, 22 November 2010

Selamat berjuang kawanku! SPM dohh. Wish Me Luck :D

Salam.. :)

Esok SPM dohhh. omaigot. Aku tak nevess.
lalalalalalaa.
*dalam hati tuhan jew yg tau.

sempat gak aku update blog. Alhamdulillah.
Bukannya bermaksud aku tak belajar okayy!
malam-malam spm ni jangan stress kan kepala.
ckg ckp camtu, aku ekot je..
jangan salahkan kera dihutan.
*abaikan..

So, Kepada sesiapa yang amik SPM dan STPM!
Semoga Berjaya!
All the best!
GoodLuck!
May we pass the exam with flying coloursss!
muaahhahahaha!
:D

Thankyou Fyraz :)

Thankyou Alieya :)




P/s: wish me luck guys! nevesss gilerrrr! hahaa :P

Tuesday, 2 November 2010

Aku Benci ko sampai MATI!

salam!


saat2 dah nak dekat2 ngan spm nih.
macam2 masalah yang timbul!
kepada insan yang bernama dot.dot.dot..
perlu kah kau mengungkit kisah lama?
kau memang BODOH!
Aku dah mula melupakan kisah tersebut..
tetapi, ko cuba memperbesarkannya!
ko nak Attention dari semua pihak!
ko memang mementingkan diri sendiri!
*geram siot!

Saya adalah seorang insan yang sukar memaafkan orang.
Itu adalah kelemahan gue!
Aku dah mula nak maafkan ko.
Tapi. isshhh! GERAM!
Aku tak akan maafkan ko sampai Aku mati sekalipun!


p/s: sorry guys. aku spatutnya buat entry yang happy2 utk korang. and sorie gak bhsa yang digunakan kasar dan tunggang terbalik. kejap gune aku, kejap gune saya. sorie2.
Today was not my day :(

Thursday, 21 October 2010

Habis sudah.. tapi masih belum tamat.

Salam :)
maka berakhirlah sudah perang dunia pertama(Exam zon B)
Alhamdulillah.
Exam kali ni merupakan exam last sekali kat sekolah.
lepas ini takde lagi dah exam2. yang tinggal cuma perang dunia kedua(SPM)
tak sabar nak spm.
lepas spm nanti boley lah melompat ngan tinggiii...!
lompat dengan high2 sekali..

tapi rasa sedih pulak nak meninggalkan sekolah.
sobsss.....

hurmm, lepas ni kene berusaha ngan gigih.
gunakan masa sebaik2nya.
on9, on9 gak. belajar, belajar jugak dohh.
hahaha.




p/s: Spm 31 days left... takott...

Monday, 18 October 2010

Ramai kawan memang menyusahkan!

salam :)
hye guys..
minggu yang buzy and stress.
juga merupakan minggu yang mengecewakan.

Dahulu :)
Aku happy sangat2 disamping kawan-kawan aku. Best lepak ngan dieorang.
Semua sama kepala. gila2. ngek dan ngok.
Setiap kali jumpe mesti gelak.
Ketawa, gelak, laughing, perey, tetak..(sama maksud)adalah perkara wajib setiap kali bertemu. :)

Sekarang :(
Aku tak tahu mana silapnya.
hujan xde, ribut xde apatah lagi banjir ngan tsunami lagi lah xde.
gempa bumi jew yang ade kot. itu pun kt indon. xde kaitan ngan malaysia.
*eh? keluar topik.
tiba2 jew dieorg jarang tegur aku.
I'm looking for my mistakes. Maybe I have hurt they feeling.
But, I dont know where my mistake. (until now okay!)
that what we call 'suka duka berKAWAN'..




p/s: hurrmmm.. Everything goes wrong lately. T_T

Sunday, 17 October 2010

Sorry Guys lame tak update :)

Salam :)

lame aku tak jenguk kat blog nih.
wow. banyak habok okay.
sorry lame jugak tak bace entry2 korang2 yang best2 tu.
hehehe.
*Perasaan! :P

Actually. skunk nih tengah exam.
so. xdapt active sangat dalm berblogging.
*bohong.bukak fb lme2 dpt.

budaya lepak yang diluluskan.

oh. jadual spm dah dapat.

okay. tu je kot aku nak sampaikan kat korang.
See u guys then.. daa.. :)

SPM 35 Days Left!


p/s: Spm is just around my rumah. huhu.. takowt..

Tuesday, 14 September 2010

Selamat Hari Raya 2010! ampunkan dosa ku :D

salam Lebaran :)
sorie guys lame tak on9.
Actualy aku bzy sket kebelakangan ini.
btw, pejam celik pejam celik dah raya rupanya?
okay2. di kesempatan ini muiz nak ucapkan..
Selamat Hari Raya Kepada Umat Islam mahupun Non-muslim.
and Selamat Menyambut Hari Malaysia :)


Raya Sakan doe..

p/s: makan lemang plus kari sampai sakit pewut.. adoyai!

Tuesday, 31 August 2010

Laptop And Computer pun ada jantina :0

Salam :)

Korang nak taw tak?
rupanya komputer or laptop korang ada jantina gak.
nape? tak caye?
kalau korang nak taw pc or laptop korang laki or pompuan.
cuba step2 dibawah.


Langkah-langkah:
1.  Bukak notepad korang.
2.  copy and paste ayat nie kat notepad korang:
     CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"


3.  kemudian, korang save as notepad ni kepada i love you.vbs



4.  tutup notepad tersebut.
5.  pastu, korang pegi kat notepad yang dah korang save as tadi..
6.  double clikkan notepad tu.


7.  selepas korang doube click kat notepad tadi tu. korang akan dengar suare laptop or komputer korang. kalau suare ayu-ayu sambil sebut i love you, maka laptop or komputer korang sah2 pompuan! kalau suare garau maksud nya lelaki. kalau takde suare maksudnya laptop or pc korang tu bisu. ish3..
 
 
 
 
 
p/s: komputer aku ni laki. patut lah degil semacam! hammppeehh..

53th MALAYSIA INDEPENDENCE DAY! MERDEKA! (siapa yang merdeka?)


Jalur Gemilang

salam :)
kebaaabomm!! tebaabommm!! booommm!!
puttt.. ehh? sorie buang angin tanpa warning.
hehe.

tepat pukul 12mlm tadi.
Maka diisytiharkan kita MERDEKA!
Aku sebagai rakya Malaysia berasa bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia!
*Terharu siioottt..
Alhamdulillah.

Bukan itu saja.
aku gak rasa bersyukur sebab lahir kat Sarawak.
Sebuah negeri yang indah..
Udara pun segar.
*Fuyoh2!

Terima kasih buat perjuang2 terdahulu yang sanggup berkorban nyawa untuk memerdekakan tanah air kita.
kita seharusnya menghargai jasa-jasa yang telah mereka lakukan :)

Tugu negara

Rosli Dhobi-pejuang Sarawak


Tetapi, siapa yang merdeka?
Aku yang merdeka?
Engkau yang merdeka?
atau negara Malaysia yang merdeka?
Jika diteliti ngan betul..
Aku rasa jiwa anak-anak remaja zaman skunk belum lagi merdeka sepenuhnya.
*Aku bukan remaja. tetapi belia. cewahh..

Tengok arr kes jenayah kat Malaysia.
Rasa-rasanya 70% punca daripada Remaja.
cubelah bawak-bawak bertaubat.
macam aku!
*wah, angkat bakul sendiri nampakk..

Antara jenayah yang kerap kali Remaja lakukan:




Merempit. takyah nak cakap lagi dh. merempit dah sebati dalam diri remaja.
especially remaja lelaki.

Meragut. kalau ye pun xde duit. mintaklah ngan mak bapak korang. kalau parents xde duit pun,
cariklah ilham nak dptkan duit. jual ais kacang kew time2 pose nih. dapat gak pahala.


kes yang kerap dan berulang kali berlaku. buang bayi.
kalau tak nak pun anak tu jgn buat bnde tak senonoh!




p/s: jika diteliti betul-betul. Hanya NEGARA jew yang merdeka. kalau gejala seperti di atas tak dapat nak tangani, Rasa-rasanya, dapat tak Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020??