follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Sunday, 20 June 2010

Tak tahu lagi kesasihan cerita dibawah.

Dapat Cer ni daripada blog senyumsenyum.
Thnx buat admin blog senyumsenyum sebab membenarkan saya menge'post' cerita ni.
*Promote2. hehe~

Cerita kat bawah nie sedeh siott~~
bacelah sendiri.
Mode: nangis :')
*tipu je..
-
-
-
-
-

maafkan abg, intan..

9 January 2001.
Sayang, hari ini hari pertama kita bersama, disatukan sebagai suami isteri seperti yang kita impikan sebelum ni. Abang bahagia. Abang bangga dengan ketabahan Intan. Abang tau Abah Intan berat nak lepaskan Intan. Apatah lagi Abang bukanlah calon menantu pilihan Abah Intan. Sangat besar pengorbanan Intan. Demi cinta kita, Intan sanggup mengabaikan kepentingan diri Intan.
Abang berjanji tak kan sia-siakan hidup Intan.

13 March 2001.
Walaupun hidup kita susah, Intan sentiasa menyambut Abang pulang dengan senyuman. Hilang segala letih dan penat lelah abang bekerja seharian. Intan sentiasa berikan Abang senyuman indah walaupun hati Indah dilanda gundah.
Hari ni sofa kita kena tarik. Abang betul-betul tertekan. Walaupun ia sekadar sofa, tapi abang dapat bayangkan macam mana perasaan Intan bila pekerja kedai perabot datang ambik sofa kita depan jiran. Masa tu Abang takde dirumah, Intan seorang diri menanggung semua tu. Kesian Intan. Maafkan abang, Intan.

17 March 2001.
Sayang, hari ni Intan sakit. Abang tak tau macam mana Intan bertarung dengan kesakitan masa berseorangan dirumah tadi. Abang rasa bersalah sebab tak dapat bagi kemudahan telefon pada Intan, handset Intan pun Intan dah jual sebab rumah kita dah tak ada beras. Maafkan Abang, Intan.


Intan, Abang sayang Intan. Tapi abang tak mampu nak sediakan makanan berkhasiat untuk Intan. Setiap hari Intan makan telur goreng dan kicap. Kalau kita bernasib baik, Intan akan goreng ikan. Kadang-kadang Intan tak makan tengahari tunggu Abang balik kerja nak makan sama-sama.

18 March 2001
Intan masih tak sedar lagi sayang? Bangunlah Intan, Abang janji Abang akan jaga Intan baik-baik lepas ni. Bangunlah sayang

Intan, esok Abang terpaksa bawa Intan balik, Abang dah tak ada duit nak bayar duit hospital $75 sehari. Maafkan Abang, Intan. Abang kesal Intan terpaksa hidup susah macam ni. Abang dah cuba pinjam duit dari kawan-kawan tapi mereka pun macam abang jugak, sengkek di tengah bulan.


21 March 2001
Abang bersyukur Intan dah sedar. Intan buka mata dan senyum pandang Abang. Intan cantik walaupun bibir Intan nampak pucat.

Abang kata Abang rindu Intan, Intan kata Abang gatal. Baru hari ni abang dengar suara Intan selepas beberapa hari Intan tak bangun. Intan betul buat abang takut.

Tuan rumah datang marah mintak duit sewa rumah. Abang bagi pelbagai alasan. Abang cakap Intan sakit, abang banyak pakai duit bulan ni. Tuan rumah makin naik angin, dia kata bukan bulan ni je abang tak bayar, bulan lepas pun abang tak bayar. Abang nampak Intan menangis. Abang betul-betul rasa bersalah sebab tak mampu nak sara Intan sampai Intan hidup susah macam ni.


23 March 2001.
Intan bagi Abang barang kemas Intan. Intan suruh abang gadaikan dulu buat bayar duit sewa rumah. Abang nak menangis, tapi Abang terdesak, Intan. Maafkan abang. Abang takut tuan rumah halau kita. Abang dah minta dia tunggu sampai hujung bulan, tapi dia berkeras sebab dah 2 bulan abang tak bayar sewa rumah.


26 March 2001.
Hari ni abang dapat gaji. Abang rasa seronok bangun pagi. Abang janji abang akan balik awal dan kita akan pergi giant membeli belah. Intan senyum. Abang nak tebus balik barang kemas intan yg abang gadai tu tapi duit abang tak cukup lagi. Kesian Intan, dah lah Abang tak dapat belikan barang kemas, barang kemas mak Intan bagi pun Abang gadai. Maafkan Abang, Intan.


4 May 2001.
Sayang selalu sakit-sakit. Intan selalu pengsan, buat Abang risau. Abang jadi takut memikirkan apa sebenarnya penyakit Intan. Doktor kata tak ada apa-apa, Intan pengsan cuma sebab selalu tak makan. Intan selalu tak makan sebab tunggu abang balik nak makan sama-sama. Kadang-kadang Intan buat telur dadar dan kita kongsi bersama. Cuma hujung bulan je kita dapat makan sedap-sedap. Abang suka ayam masak merah Intan. Sedap sangat!

9 August 2001.
Sayang, hari ni genap 8 bulan usia perkahwinan kita. Abang rasadalam masa 241 hari kita bersama, mungkin takde satu hari pun yangmembahagiakan Intan hidup bersama Abang. Kesian Intan. Abang berdosabuat Intan macam ni.

Malam ni kita bersama. Kita melayari bahtera indah, berdayung dan bermesra untuk seketika.

Abang cuba berikan kepuasan pada Intan kerana hanya itulah hiburan yang dapat abang berikan selain dari kemewahan.

Abang tau cara Abang ni dayus. Tapi Abang tak sanggup lagi tengok Intan menderita, selalu tak cukup makan sampai sakit. Abang tak dapat berikan nafkah zahir sebaiknya hinggakan Intan terpaksa bergolok bergadai membantu abang. Abang akan rasa lebih dayus biarkan Intan terus tersiksa jika abang tak ceraikan Intan.

Sayang percayalah, pemergian Abang bukan kerana abang tak berani nak menghadapi kesusahan ini, Abang dah biasa susah, tapi abang tak nak Intan tersiksa hidup dengan Abang. Kalau apa-apa jadi pada Intan abang akan lebih menyesal.
Intan ampunkanlah abang. Sesungguhnya Intan tiada secalit dosa pun dengan abang. Tiada apa yang boleh Abang halalkan kerana Abang yang banyak berhutang dengan Intan. Intan carilah hidup baru. Intan baliklah kepangkuan keluarga Intan dan lupakan lelaki bodoh yang pernah susahkan hidup Intan ni.

Abang harap Intan akan dipertemukan dengan lelaki yang lebih layak buat Intan. Yang boleh beri makan pakai secukupnya pada Intan. Biarlah orang anggap Abang sebagai pengecut, tapi sesungguhnya abang tak terdaya nak berterus terang dengan Intan. Lidah Abang kelu setiap kali berhadapan dengan Intan untuk menyatakan niat Abang.

Sampaikan salam kemaafan Abang buat Abah Intan. Tak ada alasan yang dapat abang berikan kepada dia setelah abang sia-siakan anak dia selama 8 bulan. Abang tau Intan boleh bertahan selama manapun, tapi abang tak sanggup lihat Intan tersiksa lebih lama lagi. Abang titipkan duit $100 buat intan. Pulanglah pada keluarga Intan, hanya itu yang mampu abang beri. Bakarlah diari ini selepas Intan membacanya sebab abang tak nak dunia tau bahawa abanglah lelaki paling bodoh dan dayus didunia.

Sekali lagi abang minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkanlah segala kesusahan dan kepayahan Intan selama 8 bulan hidup menderita dengan Abang. Dengan lafaz bismllahirrahmanirrahim, saya Mohd Hazri Bin Abd.Kadir menceraikan isteri saya Intan Nazira Binti Abu Bakar dengan talak satu.

Mohd Hazri Abd.Kadir
9 August 2001.
.
.
.
(-.-")

korang rase patut tak lelaki tu ceraikan isteri dia?
oh. pandai2 lah korang menilai ek.

p/s: tak nak perkara diatas berlaku kat aku.

1 comment:

Ridz Varn said...

Sedih jugak aku bace kisah ni, kadang-kadang itu lah dia pengorbanan seorang wanita terhadap lelaki, lebih2 lagi bila dalam dunia berumah tangga, tapi sebagai lelaki, kerana sayang, tentulah tidak sanggup baginya untuk lihat isterinya itu terus menderita.