follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Saturday, 21 August 2010

asal usul kejadian API didunia..

salam.. :)
bagi menunggu waktu berbuka hampir tiba.
dan melawan bunyi muzik rock didalam perut.
mai sini...
ustaz muiz nak wat tazkirah sikit ngan korang nih.

tahukan anda????
*nada berdebar-debar..
api dimuka bumi adalah api dari neraka?
taw ke tak??
*ataupun aku sorang je yang tak tau nih. opss. kantoi!

okay. sapa2 yang tak tau.
Bukak mate ko besaQ-besaQ!

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan kejadian asal usul api kat dunia nih.
ketika Nabi Adam dihantar ke dunia kerana makan buah larangan.
Allah s.w.t telah memerintah malaikat Jibril untuk mengambil sedikit api dari api neraka untuk kegunaan
Nabi Adam didunia nanti.
Api yang membara yaww!

Maka Jibril diperintahkan untuk mengambil api tersebut daripada malaikat zabaniah iaitu penjaga api neraka.
Malaikat jibril mintak ngan malaikat zabaniah api neraka sebesar buah kurma.
Malaikat Zabaniah amat terkejut plus terkesima dan mengatakan bahawa..
Jika sebesar buah kurma api dibawa ke bumi, nescaya cairlah 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi.
Dengan xplanation yang dibuat oleh malaikat Zabaniah.
Maka Jibril pun meminta api sebesar separuh daripada buah kurma.
Malaikat Zabaniah memberitahu  Jibril lagi ..
Jika sebesar separuh buah kurma dihantar ke bumi maka tidak akan turun walaupun setitis air hujan dan tidak akan ada tumbuhan yang akan tumbuh.
cuba bayangkan api dari neraka sebesar buah kurma boleh menyebabkan 7 lapisan langit dan bumi cair.
Allahhuakbar!

Maka, malaikat Jibril jadi buntu. tak taw nak wat pe.
Jibril pun menghadap Allah s.w.t untuk mengetahui sebesar mana api neraka yang harus dipinta.
Allah pun memerintah jibril supaya mengambil api neraka sebesar zarah yakni lebih kcik dari kuman.
*wahh, lebih kcik dari kuman?
kuman kcik. tapi zarah lebih kcik dari kuman.
camne tu?

Malaikat jibril pun meminta api neraka sebesar zarah kepada malaikat zabaniah.
disebabkan terlalu panas, api sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupkanya kedalam 70buah sungai yang terdapat di syurga. dan disetiap sungai tu lak terpaksa direndam sebanyak 70 kali.

selepas tu, barulah malaikat Jibril membawa api tersebut ke bumi dan diletakan diatas bukit yg tinggi.
sejurus selepas api itu diletakan, maka bukit tersebut terus meleleh dan mencair.
Bimbang bumi akan lebur, malaikat Jibril menghantar kembali api tersebut ke neraka.
Sisa-sisa api itulah yang terdapat didunia seperti yang kita gunakan pada hari ini untuk pelbagai keperluan bahkan termasuklah api gunung berapi dan sebagainya.

korang bayangkan lah.
Api sebesar zarah yakni lebih kecil dari kuman yang telah direndam didalam 70 buah sungai di syurga dan direndam sebanyak 70 kali dan sisanya sahaja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya.
Bagaimana pula dengan api dineraka itu sendiri?
Bolehkan amalan kita yang sedikit itu dapat menyejukan api disana?
apatah lagi bukan amalan baik yang kita lakukan.
sebaliknya amalan yang keji lagi hina yang kita kumpulan.
Nauzubillah.



p/s: renung2 kan lah dan selamat beramal. :)

No comments: