follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Wednesday, 30 June 2010

Dahulu kala.. :)

Hye My CUTE and HANSOME follower!
hehehe.
Hye also to you, you and you. Eh? Not you. But YOU :)
*Merepek memanjang yah.

Actually, nak cerita ngan korang bout..
kenangan aku kat sekolah rendah dulu2 tau.
Time tu aku masih comel and comel itu kekal sehingga ke hari ni.
*tak malu!
banyak giler cerita kat skola rendah dulu.
cerita Kelakar ada, sedih ada, seram pun ada.
*all in one!

yesterday..*wahh mat salleh gtu.
aku ngan kengkawan tetibe bukak topic sal skolah rendah.
daripada mengumpat. lebih baik cer pasal sekolah. lagi baek.
kat bawah ini pic aku time aku sekolah rendah dulu.
Taon 2005 kalau tak silap aku. Darjah 6 mase tu.


cari lah aku kat dalam pic nie.
*All the best :D

kalau dah jumpa aku kat pic tu..
JANGAN gelak okay!
aku tau aku comel. takyah gelak2. :P



Peristiwa(1)
Aku ingat lagi 1 peristiwa yang susah dilupakan.
haha.
kawan aku MR R terkurung kat blok akedemik!
ko bayangkan lah.
Dia terkurung dari pukul 5 sampai pukul 10 mlm.
kesian~
D'sebabkan ketakutan. Mr R bukak semue lampu kelas kat blok tu.
Keluar lah segala Nur. D'sebabkan Nur yg terpancar kat semua kelas.
cikgu pun hairan dan pegi cek.
Rupa2 ada pelajar yang tertinggal kat blok akademik.
itulah dia MR.R
hahaha.


peristiwa (2)
Time ni Guru besar dh warning dah.
Masa pjk je boleh pakai baju sukan.
lepas tu kena tukar balik baju sekolah.
Tapi, dak2 nakal kat sekolah aku tak pernah nak dengar.
so, masa perhimpunan. Guru besar suruh dieorg tukar baju tu depan para pelajar.
*Nasib baik masa tu budak darjah 6 je yang tengok
budak2 lain smue dah masuk kelas.
Malu ke, mahu ke, kena jugak tukar depan pelajar okay!
masa tu mseh budak lagi.
so, malu2 lah nk bukak baju depan khalayak ramai.
*wei2! aku tak kene time ni. Aku kan budak baik :)


Peristiwa (3)
Masa ni lak aku kena rotan okay.
Kat buntut.
Bukan aku sorang je.
All My classmate except 2 org je yang tak kena.
Kene rotan sebab gagal dalam mana2 subjek.
hahaha.
Sanggup aku time tu pakai berdouble plus tripple seluar dalam.
Giiler ko tak sakit.
*mmg tak sakit pun :P
Dahlah kerani dok tengok mase kane sebat tu.
huahua.




P/s: gelak sorang2 teringat peristiwa dulu2.

Tuesday, 29 June 2010

Happy :) Kecewa :( Takut :O

Mood aku kat skolah hari ni.

Happy



Kecewa




Takut



Ada beberapa faktor feeling aku menjadi seperti diatas.

Happy :)
Hari ni lepas tugas kat dewan skolah.
As usual, aku masuk kelas lah.
*takkan nak pegi kantin kot.
Masuk2 je. My form teacher Puan Norhayati
*Luv u mummy :)
Dengan Senyum lebar mengucapkan tahniah kat aku.
sebab?
well, sebab aku comel lah!
*omg! next!
sorie2. hehehe~
sebab aku tak pernah tidak hadir ke sekolah.
dan setakat ini dalam kelas aku.
hanya aku sorang je yang 100% kehadiran kat sekolah!
Happy lah! bukan senang ko nak datang kat sekolah.
aku kelas gantian ke, demam ke.
tetap gak nak pegi sekolah.
korang kalau kelas gantian mesti Escape kan,kan,kan?
*dah2 jgn nak tipu aku. aku dulu yg mkan garam.
cewahh..

Then, satu lagi aku happy bcoz ujian aku ada peningkatan!
*Well done muiz!
and aku nak ucapkan congrats kat kawan aku yang duduk kat sebelah aku je iaitu
Farah Fazirra bcoz dapat 5A 3B
kalau tak silap akulah.
wow! A dah dalam tangan dah.
*ko bila lagi??


Kecewa :(
yea. dalam hidup ni, kita ada suka dan duka.
*wahh. Bermadah gitu loh.
aku kecewa bcoz exam yang lepas2.
dapat no 7.
tetiba pegi ke no 9!
*hampehhh..
semua kawan kat kelas aku ada peningkatan ko tau?
peningkatan yang mendadak lak tu.
no 9? eh? sama no ngan MR J!
hahaha.
pastu2, kawan2 aku yang nakal setakat minggu ni semue dah tobat dan berlagak cam ustaz.
Alhamdulillah.
aku kene wat something nih.
nak tingkatkan lagi pelajaran aku!
*Go muiz! SPM!



Takut -_-"
takut sangat! ada Hantu!
wuuuuuuuuuuuu~
*bunyi hantu yang x jd.
actually, setiap kali cikgu masuk kelas kiteorg.
cikgu mesti memotivasikan kami dulu.
kata-kata yang feymes yang selalu cikgu cakap:

"awak nak spm.."
"belajar lagi. buat parents awak pround ngan awak..."
"balas jasa parents awak dengan mendapatkan A untuk SPM..."
"jangan main2. tinggal beberapa bulan lagi nak spm..."
"belajar dari pada kesilapan yang telah awak buat time Pmr dlu2..."
"awak boleh melakukannya...."
"awak comel muiz!..." ????

hah! itu dia kata2 yang sering kali keluar dari mulut cikgu.
and tolong abaikan ayat yang last skali tu.
Sensitif tau!
*perasaan!

lepas tu, hari jumaat ni ada perjumpaan ibu bapa!
omg! takut doh.
mesti dan akan kena marah!
huhuhu :(
parents ini kadang2 pandai tau.
die senyum je time cikgu cakap keburukan kita kat dalam kelas.
pastu, on the way pegi ke carpark pun maseh boleh senyum lagi.
Tiba2! dalam kereta barulah 'wajah sebenar' muncul okay!
Takut!
*Doakan aku tak kene marah. Amin100x.

okay deh.
itu je yang aku nak story n moly kan.


p/s: esok rabu 30hribln. lepas tu khamis dah masuk bulan julai!
wahh. 3 bulan lagi nak spm u!

Monday, 28 June 2010

The Making of 'Kelewatan'



hye guys..
dekat wayang ada filem baru taw.
Tajuk filem tu 'kelewatan'.
huahua.
*aku suke merepek kan,kan,kan??

takde, just nak cite ngan korang bahawasanya saya hari ni lewat ke sekolah.
*The END!

Teettt, tipu jelah.
sian korang ek? :D
okay2. now its time for cyez.
*watever!

takdelah, hari ni aku lewat bangun taw sebab malam semalam tengok world cup.
England vs German.
then,kalau dah tengok world cup tu.
paham2 lah yer. tido mesti lewat.
aku tidur 5jam je der!
ko nak lagi? 5 JAM jer DER!
tadi bangun2 tengok jam dah pukul 6.44am.
Bapak! aku dah lewat!

kawan aku dah tunggu aku dah kat bawah.
mak aii!
otak dah serabut dah time tu.
so, aku cakap ngan mak aku takyah gi skola.
tp, mak aku cakap aku nak spm.
so, no PONTENG2!

Hurm. aku nak cakap ngan kawan aku bagi aku 5minit lagi.
tapi, disebabkan aku bangun mengejut and rambut dah macam goku plus avatar.
malu lah wei. segan camtu. tak nak,tak nak..
*cewah. drama lak aku.
nasib baek mak aku ada!
Alhamdulillah! :)

hah! bab2 mandi lak.
korang jangan bagitau sape2 tau!
aku tadi mandi tak pakai shampoo or sabun!
Sssshhhhhttttt!!
Rahsia kita berdua je tau!
kalau ko bagitau aku bakar rumah ko malam ni jugak!
*emm.siang xleh bakar terus ke?

then2, ngan tenaga batin,silat,takwando yang aku ada.
aku siap n kemas cepat2!
buku2 ape ntah aku bawak je.
masuk je dalam bag okay..?
lepas tu kacau kan.
*eh? ilmu masak2 lak.  sorie. terlanjurr.

pastu terus gi skola naik skooter ngan kawan2 aku .
aku rasa lega sikit la.
*Skit je. aku tak mintak banyak.
dah sampai kat skolah.
baru aku ingat. yang bahawasanya juga...
aku lupe pakai deodorant.
alah, deodorant yang pakai kat ketiakk tu.
nak ulang??
*emm.x yah lah ulang. nnt korang mual lak.

oh! tuhan saya!
nasib baek hari ni everything berjalan dengan lancar.
balik je skolah terus mandi.
lain lah rasa kalau tak pakai shampoo n sabun time mandi.
lain sangat2.

okay. tu je yang aku nak share2 kat korang.
haha.

Sekolah ku. Syurga ku. Tetibe!

p/s: aku lelaki pembersih okay! PEMBERSIH.
just hari ni malang sikit. so, aku jadi budak selekeh lah kejap.

Saturday, 26 June 2010

Addicted to BLOG! :)

yeah. I'm 90% addicted to blog!
0mg! macam tak caye je!
but. inilah kenyataan.
hahaha.

Seriously, Blog dapat me'release'kan tension saya.
Luahkan sahaja kat blog.
mesti lepas tu korang rasa tenang.



90%How Addicted to Blogging Are You?


Bagaimana pula dengan anda?
click picture diatas untuk mengetahui tahap addicted anda terhadap blog.

Friday, 25 June 2010

Memalukan!

Memalukan sangat2.
Memang akan menjatuhkan maruah orang muslim!
oh. kenapa ada gak manusia yang sedemikian rupa dimuka bumi ini?
Perempuan ini memang dah macam sondal tak laku aku tengok.
*Oppss. Terpaksa guna bahasa kasar.

korang tengoklah sendiri gambar PANAS pompuan ni.
Macam mana kalau mak bapak pompuan ini tengok anak dier berpakaian macam tu.
Boleh sakit jantung taw orang tua tue.
*eh? tak saba nak tengok? haha. chill.


issh! memalukan sungguh!

gambar ni dah lama dah tersebar.
awal bulan 2 hari tu.
hurmm. perangai budak2 zaman skunk.
*cewah..

pandai2 lah korang menilai ek?


p/s: Mencemarkan nama orang melayu especially Gadis melayu.
Bukan tu je, agama islam pun tercemar!

Sunday, 20 June 2010

Tak tahu lagi kesasihan cerita dibawah.

Dapat Cer ni daripada blog senyumsenyum.
Thnx buat admin blog senyumsenyum sebab membenarkan saya menge'post' cerita ni.
*Promote2. hehe~

Cerita kat bawah nie sedeh siott~~
bacelah sendiri.
Mode: nangis :')
*tipu je..
-
-
-
-
-

maafkan abg, intan..

9 January 2001.
Sayang, hari ini hari pertama kita bersama, disatukan sebagai suami isteri seperti yang kita impikan sebelum ni. Abang bahagia. Abang bangga dengan ketabahan Intan. Abang tau Abah Intan berat nak lepaskan Intan. Apatah lagi Abang bukanlah calon menantu pilihan Abah Intan. Sangat besar pengorbanan Intan. Demi cinta kita, Intan sanggup mengabaikan kepentingan diri Intan.
Abang berjanji tak kan sia-siakan hidup Intan.

13 March 2001.
Walaupun hidup kita susah, Intan sentiasa menyambut Abang pulang dengan senyuman. Hilang segala letih dan penat lelah abang bekerja seharian. Intan sentiasa berikan Abang senyuman indah walaupun hati Indah dilanda gundah.
Hari ni sofa kita kena tarik. Abang betul-betul tertekan. Walaupun ia sekadar sofa, tapi abang dapat bayangkan macam mana perasaan Intan bila pekerja kedai perabot datang ambik sofa kita depan jiran. Masa tu Abang takde dirumah, Intan seorang diri menanggung semua tu. Kesian Intan. Maafkan abang, Intan.

17 March 2001.
Sayang, hari ni Intan sakit. Abang tak tau macam mana Intan bertarung dengan kesakitan masa berseorangan dirumah tadi. Abang rasa bersalah sebab tak dapat bagi kemudahan telefon pada Intan, handset Intan pun Intan dah jual sebab rumah kita dah tak ada beras. Maafkan Abang, Intan.


Intan, Abang sayang Intan. Tapi abang tak mampu nak sediakan makanan berkhasiat untuk Intan. Setiap hari Intan makan telur goreng dan kicap. Kalau kita bernasib baik, Intan akan goreng ikan. Kadang-kadang Intan tak makan tengahari tunggu Abang balik kerja nak makan sama-sama.

18 March 2001
Intan masih tak sedar lagi sayang? Bangunlah Intan, Abang janji Abang akan jaga Intan baik-baik lepas ni. Bangunlah sayang

Intan, esok Abang terpaksa bawa Intan balik, Abang dah tak ada duit nak bayar duit hospital $75 sehari. Maafkan Abang, Intan. Abang kesal Intan terpaksa hidup susah macam ni. Abang dah cuba pinjam duit dari kawan-kawan tapi mereka pun macam abang jugak, sengkek di tengah bulan.


21 March 2001
Abang bersyukur Intan dah sedar. Intan buka mata dan senyum pandang Abang. Intan cantik walaupun bibir Intan nampak pucat.

Abang kata Abang rindu Intan, Intan kata Abang gatal. Baru hari ni abang dengar suara Intan selepas beberapa hari Intan tak bangun. Intan betul buat abang takut.

Tuan rumah datang marah mintak duit sewa rumah. Abang bagi pelbagai alasan. Abang cakap Intan sakit, abang banyak pakai duit bulan ni. Tuan rumah makin naik angin, dia kata bukan bulan ni je abang tak bayar, bulan lepas pun abang tak bayar. Abang nampak Intan menangis. Abang betul-betul rasa bersalah sebab tak mampu nak sara Intan sampai Intan hidup susah macam ni.


23 March 2001.
Intan bagi Abang barang kemas Intan. Intan suruh abang gadaikan dulu buat bayar duit sewa rumah. Abang nak menangis, tapi Abang terdesak, Intan. Maafkan abang. Abang takut tuan rumah halau kita. Abang dah minta dia tunggu sampai hujung bulan, tapi dia berkeras sebab dah 2 bulan abang tak bayar sewa rumah.


26 March 2001.
Hari ni abang dapat gaji. Abang rasa seronok bangun pagi. Abang janji abang akan balik awal dan kita akan pergi giant membeli belah. Intan senyum. Abang nak tebus balik barang kemas intan yg abang gadai tu tapi duit abang tak cukup lagi. Kesian Intan, dah lah Abang tak dapat belikan barang kemas, barang kemas mak Intan bagi pun Abang gadai. Maafkan Abang, Intan.


4 May 2001.
Sayang selalu sakit-sakit. Intan selalu pengsan, buat Abang risau. Abang jadi takut memikirkan apa sebenarnya penyakit Intan. Doktor kata tak ada apa-apa, Intan pengsan cuma sebab selalu tak makan. Intan selalu tak makan sebab tunggu abang balik nak makan sama-sama. Kadang-kadang Intan buat telur dadar dan kita kongsi bersama. Cuma hujung bulan je kita dapat makan sedap-sedap. Abang suka ayam masak merah Intan. Sedap sangat!

9 August 2001.
Sayang, hari ni genap 8 bulan usia perkahwinan kita. Abang rasadalam masa 241 hari kita bersama, mungkin takde satu hari pun yangmembahagiakan Intan hidup bersama Abang. Kesian Intan. Abang berdosabuat Intan macam ni.

Malam ni kita bersama. Kita melayari bahtera indah, berdayung dan bermesra untuk seketika.

Abang cuba berikan kepuasan pada Intan kerana hanya itulah hiburan yang dapat abang berikan selain dari kemewahan.

Abang tau cara Abang ni dayus. Tapi Abang tak sanggup lagi tengok Intan menderita, selalu tak cukup makan sampai sakit. Abang tak dapat berikan nafkah zahir sebaiknya hinggakan Intan terpaksa bergolok bergadai membantu abang. Abang akan rasa lebih dayus biarkan Intan terus tersiksa jika abang tak ceraikan Intan.

Sayang percayalah, pemergian Abang bukan kerana abang tak berani nak menghadapi kesusahan ini, Abang dah biasa susah, tapi abang tak nak Intan tersiksa hidup dengan Abang. Kalau apa-apa jadi pada Intan abang akan lebih menyesal.
Intan ampunkanlah abang. Sesungguhnya Intan tiada secalit dosa pun dengan abang. Tiada apa yang boleh Abang halalkan kerana Abang yang banyak berhutang dengan Intan. Intan carilah hidup baru. Intan baliklah kepangkuan keluarga Intan dan lupakan lelaki bodoh yang pernah susahkan hidup Intan ni.

Abang harap Intan akan dipertemukan dengan lelaki yang lebih layak buat Intan. Yang boleh beri makan pakai secukupnya pada Intan. Biarlah orang anggap Abang sebagai pengecut, tapi sesungguhnya abang tak terdaya nak berterus terang dengan Intan. Lidah Abang kelu setiap kali berhadapan dengan Intan untuk menyatakan niat Abang.

Sampaikan salam kemaafan Abang buat Abah Intan. Tak ada alasan yang dapat abang berikan kepada dia setelah abang sia-siakan anak dia selama 8 bulan. Abang tau Intan boleh bertahan selama manapun, tapi abang tak sanggup lihat Intan tersiksa lebih lama lagi. Abang titipkan duit $100 buat intan. Pulanglah pada keluarga Intan, hanya itu yang mampu abang beri. Bakarlah diari ini selepas Intan membacanya sebab abang tak nak dunia tau bahawa abanglah lelaki paling bodoh dan dayus didunia.

Sekali lagi abang minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki, halalkanlah segala kesusahan dan kepayahan Intan selama 8 bulan hidup menderita dengan Abang. Dengan lafaz bismllahirrahmanirrahim, saya Mohd Hazri Bin Abd.Kadir menceraikan isteri saya Intan Nazira Binti Abu Bakar dengan talak satu.

Mohd Hazri Abd.Kadir
9 August 2001.
.
.
.
(-.-")

korang rase patut tak lelaki tu ceraikan isteri dia?
oh. pandai2 lah korang menilai ek.

p/s: tak nak perkara diatas berlaku kat aku.

Kecoh sejenak!

eh? betol ke ayat entry aku nih? "kecoh sejenak"
*so what? buat kelainanlah weii..

okay2.bukan itu yang aku nak CER(cerita) kat korang.
Aku dapat tau dari satu laman web.
laman web tersebut mengatakan bahawa esok hari 21/6/10
akan ada 2 matahari terbit dalam waktu yang sama.
I mean terbit SERENTAK!
wow! can you imagine that?

Aku p lah tanyelah mak aku. pernah tak zaman dulu2 berlaku perkara cmnie.
Mak aku cakap tak pernah seumur hidup dia
Ada berlaku perkara camnie.

Hurm. aku tak tau lagi lah kesasihan Cer ni.
saje nak share ngan korang2 kat luar sane.
hahaha.

See more images here..

p/s: Harap2 takde pertanda yang buruk berlaku. Amin :)

Saturday, 19 June 2010

Kesungguhan yang berbaloi!

yeah. Akhirnya. Finally.
*same maksud kan? lol
Setelah 2 hari bertungkus lumus untuk menyiapkan kain batik.
Alhamdulillah. siap jugak kerja khusus psv aku.

omg! sangat-sangat susah nak buat tau!
ko ingat senang ker? oh. tak semudah yang kau sangkakan.
*wah. Bermadah gitu.

Okay. dekat bawah antara kejadian-kejadian yang sempat d'snap.
nak tengok hasil kerja aku tak?
nak kan?
TAK BOLEH!
hahaha.
*hekeleh wat muke kesian lak :P

okayla2. ku bagi korang tengok.
tolong koment hasil kerja aku okay?
*kalau ko nak koment la.

malu tau nak bagi korang tengok hasil kain batik aku.
but. Its okay. bukan nye slalu :)

step2 buat batik. cewah..

panaskan lilin and damar dalam kuali.
*api mesti kcil tau.

masukkan lilin and damar yang dah cair dalam canting.

canting batik kat atas kain yang telah d'lukis.
*step ni memang susah ketat2!

tada! dis is my batik yang telah dicanting.

Yeah! inilah hasil batik aku. cantik ker???
*burok sangat2.

ini pulak batik kawan aku.
*cantik sangat2.

oh. nak buat batik memerlukan kesabaran yang tinggi tau! haha.
sape yang cepat marah tu aku nasihatkan...
JANGAN BUAT BATIK!
hahaha.


P/s: Alhamdulillah setelah segalanya selesai :)

Friday, 18 June 2010

One Day Left! After That??

After that is New Year! yea!
*Kepale hotak ko new year.

bukan new year. But...but.. SCHOOL!
omg! Like my friend says 'the WORST nightmare.
hahaha.

4 bulan lagi tinggal nak spm.
hari isnin nanti mesti cikgu dengan tenaga harimau,badak,semut etc
mengajar ngan gigih. bukan tu je. latihan pun banyak okay.
nak ulang? LATIHAN YANG BANYAK!
*okay2. Enuf

pastu hari ni nak kene siapkan batik.
*yes.one of my homework.

Penat siot mencanting batik tadi.
omg! penat gile2.
*Alhamdulillah tak gile n maseh normal.

sekarang ni aku maseh lagi mengalami masalah INSOMNIA! (x dpt tdo)
*tol ke spelling dier?

okay deh. tu je yang aku nak katakan.
Bye- Salam :)


p/s: cuti 3 minggu yang membosankan! sekola pun bosan!
*abis ko nak jadi pe x bosan? jadi kuli ek? =.="

oh. Mood aku sekarang.

Thursday, 17 June 2010

Oh! Please. Jangan TERLALU sombong sangat :)

Yeah. Dalam kehidupan kita nih. JANGANLAH kita terlalu mengikut sangat sikap ego or sombong kita. Kerana di kemudian hari nanti akan dapat balas yang dicari.
*wahh.. maju dah aku dalam bidang penulisan.kot.

kita hidup kat dunia jangan terlalu mendongak ke langit sangat.
*nanti sakit kepale?
oh tidak. paham-paham lah yer dengan sindiran tersebut

kita mestilah hidup dengan sifat yang humble. tak paham?  oh. humble maksudnya merendah diri.
*ada paham?

Hari ni mungkin kau boleh sombonk sebab ada ramai kawan.
dikemudian hari kelak. jangan pulak kau yang terhegeh-hegeh nak cari kawan!

okay lah. malas lah aku nak sindir-sindir ni.
*oppss.Bukan sindir tapi nasihat :)

Let us be kind okay?
Dont sombok2 :)

p/s: ish! mintak jauh ngan sikap yang macam ni.. Amin2.

Wednesday, 16 June 2010

I Wish I have this type of Camera. Hurmmm...


Hurmm..
kalaulah aku dapat kau camera.
Eee..
Geram sangat2 plus ketat2!
nak, teringin, kempunan, sangat2 nak ade cam yang macam gambar diatas.
Aku tak tau lah pic camera dekat atas tu model baru or model lame.
yang penting aku nakkan camera yang macam tu.
sound like Terdesak kan3?
Memang!
hahaha.

If I dapat camera yang macam tu I will
Non-stop taking picture.
I repeat.
NON-STOP taking picture!
wahaha.

p/s: suke amik gambar orang daripada gambar sendiri *auta!

I'm NOT Perfect :(

Lonely

I'm NOT perfect. Yeah, Everyone knows that.

I tried to change, but it is NOT easy as you think.

Maybe I was born to be Handicapped, born to be Humiliated, born to be Insulted.

I want to be like others.
I really2 Want!

Allah Has Mercy.

People always talk Bad things about me.

I Try to ignore them.

Unfortunately, My feeling is difficult to control.

I get angry quickly when insulted. I will be emotional!

when i'm angry. I start to blame destiny.

Stupid! stupid! stupid.

I always pray..

May Allah s.w.t punish and reward for acts they did to me!
Amin ~ ~

I May not perfect but parts of me are incredible!


P/S: Sorry guys. too Emo Right? but.. If I keep this feeling inside my heart. I think I will go crazy.
So the best way is just express this feeling before I'm getting mad.

Justin Beiber Ayu =.="


Oh my. So Sweet.
*uwekk..

Justin Beiber 2nd Version :)

I'm LAZY? what? Seriously?

Yes. I'm Lazy Fullstop! haha. WTF

I Dont Know What wrong with me.

Btw, I wan to make confession.

I'm addicted to Facebook!

*Really?*

Yes, I'm.

omg! what should I do? hurmm..

oh my.

Please pray for me so that my BAD attitude will change.

Amin.. :)

Mr. Bean Dah jadi warganegara Malaysia :P


Mr. Bean dah berhijrah ke Malaysia dah.
SELAMAT DATANG.
hehe..

Benda yang dah diplan tak menjadi. Benda yang tak diplan menjadi.


oh! Dunia. pelik sungguh kan? selalu dapat nasib macam ni. Dah plan awal-awal dah nak hangout ngan kengkawan. But tak jadi. oh. Malangnya nasib aku. =.="
Takpe2. Selalunya yang berlaku kat aku memang akan ada HIKMAHnya.
So, Aku perlu besabar and smile :)

Lagenda Budak Setan

Actually. kalau jadi hari ni kita dah rancang nak tengok cite LADENDA BUDAK SETAN(LBS).
Ramai cakap cite tu best.
aku ni kalau bab2 filem cinta cintun aku tak berapa nak tengok sangat.
tapi disebabkan dekat akhbar pun cakap filem tu dah sampai mencecah Box Office.
Terniat jugaklah didalam hati aku nak tengok filem tu.

The Karate Kid

Nanny Mcphee.

Beside that *rojak oh rojak! kalau tiket filem LBS sold out.
we plan nak tengok filem KARATE KID.
tapi kawan aku cakap kalau tak dapat tengok filem LBS
dia plan nak tengok filem NANNY MCPHEE :)
Watever. Aku Ekot je Plan Dieorg.

Monday, 14 June 2010

Pelanduk 2 Serupa? Wujud ke?

oh. Pelanduk 2 serupa or pelanduk 7 serupa? ah. Lantaklah. By The Way(Btw), adakah benar yang ada 7 orang lagi yang mempunyai muka iras-iras kita? percayakah anda dengan mitos2 tersebut? wah. Mitos lak terkeluar. Hurm. Jom Tengok gambar dibawah. kalau nak diikutkan cam tak caye je kan? tapi, inilah kenyataan. Im just wondering. Camne muke boleh same sedangkan kita or family kita or maybe keturunan kita tak pernah menjalinkan apa-apa hubungan dengan orang yang same muke ngan kite. Dahlah orang yang mempunyai muke iras-iras kita tinggal di negara yang berjauhan. wah. Kebesaran Allah.. :)


Barrack Obama(presiden USA) 
Iilham Anas(Indon)
Khatami(bekas presiden Iran)
Steven Spielberg(Pengarah Hollywood)

Kofi Annan(Bekas Setiausaha Pbb)
Morgan Freeman(Aktor Hollywood)

Ayatollah Khomenei(Bekas Presiden Iran)
Sean Connery(aktor Hollywood)

Ahmadinejad(presiden Iran)
Amil Muqeem(warga Iran)

Muiez(me) Zainal(budak tempat tuesyen)

*oh? sama kah muka kami?
tak sama kan3??tolong cakap tak sama!
hehehe~
Banyak kengkawan cakap muke kami sme?
REALLY?

Friday, 4 June 2010

Jangan Dekat! Jangan! Tidakkkkk!

Jangan dekat ngan aku. aku Fobia dengar name ko. aku akan jadi trauma bile orang cite pasal ko. oh, mengapa kau menghantui aku? Bak kata lagu daus-KENAPA? Please, aku taw aku akan berperang ngan ko bulan 11 nanti. Tapi, Buat masa sekarang boleh tak kau main jauh-jauh? tolong lah wahai MR. SPM! huhu~ macam tidak macam. huahua. Sekarang dah bulan 6. 4 bulan lagi tinggal untuk aku prepare for this comming SPM. adohh. Seriously, Aku belum ready lagi nak menghadapi SPM. Banyak lagi subjek yang aku lemah. Akhir kata, aku belum Sedialah. Dalah skunk ni aku tengah addicted ngan FACEBOOK! Semue Salah ko Facebook! eh? haha. Pape pun. Wish me Luck nanti keyh.

Sesungguhnya aku bukan macam ni.
hehehe :D

Wednesday, 2 June 2010

Banyak-banyak pun tak guna!

wahh. ape yg banyak? banyak wang? banyak bulu? *opsss sensitive sangat2..banyak jiran? oh! tidak. sebenarnya. banyak kawan. Bukan kawan yang kau selalu jumpe kat skola, kedai2, kat tepi longkang. oh, tidak2.. bukan kawan yang tu. kawan yang aku maksudkan adalah. kawan yg dalam FACEBOOK! yes. laman web yg semakin menjadi2 semenjak 2 menjak ni.
Berbalik kepada kawan. korang yang mempunyai Facebook(Fb) mungkin mempunyai senarai kawan yang ramai kat Fb. mungkin kawan korang smue dah memcecah ratusan ribu kawan.. or, baru 15 je kot. hahaha. korang dengan bangganya memberitahu bahawa friendlist korang kat fb dah mencecah jutaan ribu! wow! aku tak hairan laa. cube korang ingat balik. kawan2 korang kat fb tu, adakah kesemuanya pernah menyapa 'HAI' kepada korang? xde kan3? dah2, jgn nak menipu. Ofcoz. Tak semua kawan korang yang ade kat fb tu pernah atau akan menyapa korang. orang2 yg macam ni aku panggil 'SAMPAH' sebab menyemak je dlm fb aku. Kini, aku mempunyai minat yg baru. iaitu me'REMOVE' friend a.k.a sampah yang tak pernah tegur aku kat dalam fb. hahaha. jahat gak aku ni kan? so wht? aku jahat bertempat lah weii. Add2 aku kat fb.. tapi cakap 'hai' pun tidak? laa, kalau cmtu tak gune lah ko buat accout fb. Cakap 'hai' je wei. cukup lah. aku x mintak lebih. cakap assalamualaikum kew? tak pernah pun kau koment kat status aku? tak pernah pun kau menyapa aku? paling terok pun cubelah ko 'LIKE' je picture or status aku.bukan nye ko post comment or 'like' kt fb bebayar. ade tak pihak caj ape2 selepas ko post komment? xde kan? hah! buat aku marah jelaa. ish.. saba muiez,saba. tua ko nanti.. smile2 :)
so, kepada sesiapa sahaja yg mempunyai Facebook tu. tegor2 lah orang yang dah korang add tu. okay?

Moral of the story: kalau x nak kene umpat ngan aku. jangan buat perkara di atas. Sekian..