follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Friday, 31 December 2010

Berita mengejutkan! Faizal Yusuf telah kembali ke rahmatullah~

salam~

Berita mengejutkan aku time bukak FB tadi.
Faizal yusuf telah kembali ke Rahmatullah.
korang boleh bukak link ini..


Allahyarham meninggal sekitar jam 1.
btw, aku suka sangat2 lakonan dia.
best sangat2.
sekarang, kita telah kehilangan seorang pelakon yg serba berkebolehan.
Al-fatihah. semoga roh allahyarham ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.


p/s: ajal sentiasa mengejar kita.

Hantar 2010 ke bus station dan amik 2011 kat airport

salam :)

yahh. sangat laju, pantas, cepat masa berlalu.
Aku masih ingat lagi saat-saat sambut 2010 kat KL.
suasana kat sana lebih meriah, kecoh dan riang!
sekarang Sambut Tahun Baru 2011 kat kuching.
2010 banyak kenangan pahit dari 2009.
so hope tahun baru ni mendatangkan kenangan manis yang lebih banyak.
*Toooollloongggglahhhh!

2010 tarikh keramat sebab aku mangsa SPM yang kejam dan tak berperikemanusiaan langsung!
*drama lak!
Yelah. Tahniah wat pasukan bola sepak Malaysia yang dapat mengalahkan indonesia.
*congrates2. nah! 20sen setiap sorang. jangan nak lebih2.

Okay semakin lama aku menulis, semakin mengarut lak entri ini.
okay. Bye semua! TERIMA KASIH kepada para pembaca yang sanggup membaca blog yang serba kekurangan ini. kekurangan sangat-sangat.
azam baru next year nak jadi yang lebih baik plus nak tingkatkan kualiti blog ni setanding blog otai2 diluar sana.

nah. pic yang aku edit. simple je bro! tak sehebat korang2 kat luar sana.



p/s: Semoga kenangan yang lalu menjadikan kita lebih dewasa! fuyyoohh!

Wednesday, 22 December 2010

Setiap detik adalah untuk disyukuri.

Salam :)

Sedarkah kita. Bahawa setiap detik yang berlaku dalam hidup kita adalah untuk disyukuri?
Dan saya ingin ajukan soalan kepada pembaca.
Bila masanya manusia akan mengucap Alhamdulillah..?
Menurut kajian saya...
Manusia akan mengucap Alhamdulillah bila dapat bonus, dapat apa yang diinginkan, dapat makanan yang sedap.
Betul bukan?
dah2. Tak payah nak sorok2 muka tu.


Setiap detik adalah untuk disyukuri.
Suami buat hal. Syukur, kerana Allah beri peluang berkhidmat sebagai isteri. Syukur, ada suami. Syukur, ada lelaki yang menginginkanmu jadi isteri. Syukur, Allah memberikanmu jodoh.
Ada wanita, sehingga ajal, tiada jodoh untuknya.
Usia meningkat namun masih belum kahwin. Syukur, Allah sedang beri peluang mempelajari ilmu rumah tangga daripada orang lain. Syukur, masih ada keluarga yang menyayangi dan menghargai. Syukur, masih punya kerjaya. Syukur, masih punya nyawa.
Ada orang, kahwin sebulan, bercerai-berai.
Anak degil. Syukur, Allah beri peluang menjadi ibu. Syukur, ada syurga di telapak kakimu. Syukur, berpeluang syahid jika mati ketika melahirkan anak. Syukur, doamu lebih makbul daripada wanita bujang.
Ada wanita, sehingga ajal, tidak merasa menimang zuriat sendiri.
Harta dicuri atau musnah. Syukur, masih ada nyawa. Syukur, Allah masih mengingatimu dengan memberikanmu ujian. Syukur, hanya harta yang dicuri atau dimusnahkan, bukan dirimu.
Ada orang, sehingga ajal, tidak pernah merasa memiliki harta sendiri.
Kesesakan jalan raya. Syukur, masih punya kenderaan sendiri. Syukur, masih boleh menumpang kenderaan awam.
Ada orang, hanya terbaring sakit sepanjang hayatnya.
Kematian insan yang disayangi. Syukur, diberi peluang hidup bahagia bersamanya. Syukur, berpeluang membacakan Fatihah untuknya. Syukur, kerana yang mengambilnya ialah Allah.
Ada orang, sebatang kara. Tiada siapa hendak mendoakan, tiada siapa hendak didoakan.
Ditinggalkan sendirian. Syukur, masih ada malaikat menemani. Masih ada alam meneduhi. Masih ada Allah yang Maha Melindungi.
Seburuk, setragik, sedahsyat mana pun musibah yang dihadapi, SYUKUR!
Ia tanda Dia sentiasa memberi nasihat kepada kita!
Ia tanda Allah masih ingat pada kita!
Ia tanda kita masih ada dalam jadual kerjaNya!
Bagaimana hidup, kalau Allah campakkan kita jauh dariNya?
Bagaimana hidup, kalau Allah lupakan kita?
Bagaimana hidup, kalau Allah abaikan kita?
Bersyukurlah di setiap detik, kerana semua yang berlaku adalah tanda Dia menyayangi kita.
“Jika Kau campakkan aku, ke manalah hendak aku mengharap, selain padaMu….”
Maha Benar Allah, dan segala nikmatNya.


p/s: Alhamdulillah :)

Encik Masa. Boleh tak awak Jangan laju sangat?

Salam :)
Encik masa :)

sedarkah korang semua bahawa Encik Yang bernama Masa berjalan dengan pantas kebelakangan ini?
oh. Adakah dia tak saba nak amik result final exam sampaikan kita ditinggalkan begitu sahaja?
sampai hati ko masa! huh. merajuk!
*gedik bukan? abaikan. penulis sedang keboringan.
oke2. back to topic.
macam baru semalam aku sambut Tahun baru 2010 kat Kuala-Lumpur.
Time tu best sangat2 tengok bunga api.
tak pernah tengok bunga api semenjak aku dilahirkan.
*auta! auta! auta!

oke. bukan tu yang aku nak khabarkan.
akceli. Aku harap disember ni berlalu ngan slow.
tp. disebabkan encik masa Selfish.
aku Redha.
Banyak sangat kenangan time 2010 yang sukar untuk dilupakan.
Semua kenangan ada. ada pahit, ada manis, ada masin, ada yang x cukup gula.
dan pelbagai lagilah. pandai2 korang pikir sendiri.
Tak lama lagi MR 2011 akan tiba dilapangan terbang 'New Year'.



p/s: belom fikir lagi azam baru. anda bagaimana??

Bertudung. Adakah Ikhlas Kerana Allah atau Trend semata-mata

Salam :)

Sedap mata aku tengok. *gambar hiasan*

okay. entri kali ini tentang pakai tudung.
Adakah pompuan zaman sekarang ni pakai tudung sebab nak ekot trend or ikhlas kerana Allah?
Menurut kajian yang saya kaji..
*x salah berangan nak jadi prof kan2? katakan yes!
Ramai Pompuan pakai tudung sebab paksaan mak bapak.
ada jugak yang ikut trend.
ofcozlahkan. style tudung macam yuna dah jadi ikutan pompuan2 diluar sana.
jap2. Yuna bukanya luna yg pensil warna tu. jgn silap doh.
x pandai nak bezakan jugak? tgk pic d'bawah.

Pensil kaler Luna.

Yuna. my sister yg hanya wujud dlm mimpi. huhu.

x pandai bezakan jugak?
ko memang Ngok!

Menurut Hadis Rasulullah S.a.w: 
wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna tidak akan dapat mencium bau syurga, apatah lagi untuk memasukinya.
Agar tidak termasuk dalam golongan ini, tutuplah aurat mengikut cara yang telah ditetapkan oleh syariat. Iaitu menutup seluruh tubuh badan melainkan muka dan kedua tapak tangan. Pakailah tudung sehingga dapat menutupi paras dada, pakaian yang longgar dan tidak nipis serta tidak menampakkan susuk tubuh anda

WALLAHU TA’ALA A’LAM


p/s: renung-renungkan tp jangan renung sampai tertido~ wasalam

Monday, 6 December 2010

Salam Maal Hijrah :D


Salam :)
yea. kita dah sambut Awal muharam rupenyer.
Masa agak pantas mengejar2 kita.
wahh.
a'ah kan, mane x nyer, mse zaman dulu jln kaki je. tp masa zmn skunk pakai kete inspira.
ishh3. bagos2. ada kemajuan disitu.
tahniah2.
*ohh mencarut sekejap.


Jangan lupe baca doa awal tahun.
baca yasiin dan doa selamat.
semoga hidup kita akan dirahmati-Nya. Insya Allah.
Hijrah kita skrg bukan hijrah naik unta lg, tetapi hijrah kita hijrah hati,ubah sikap dan baiki diri supaya hati jinak dgn ilahi dan x sesekali menyombong diri. Ingatlah, dunia ini utk kehidupan yg sementara sebelum kita hadir ke alam hakiki yg kekal abadi :)
*keluar al-hidayah aq. hamikk ko.



p/s: apakah azam baru anda???