follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Wednesday, 30 May 2012

Jadi lelaki best? Best ker?

Assalamualaikum kepada semua pembaca. err. ada ke pembaca blog aku? lantaklah kan.
Hari ini aku rasa lain sangat. Aku tiba-tiba terfikir pasal 'benda' ni dan terus berfikir.


Gambar contoh. tak ada kaitan ngan budak nama farish.

Aku rasa sebelum ni, aku bangga dan rasa seronok kot jadi lelaki. yelahkan, sebab lelaki ni macam bebas. Misalnya, kalau orang lelaki tak pakai baju kat luar rumah contohnya nak pegi swimming,tak ada sesiapa yang marah dan tegur sebab dia LELAKI, kalau lelaki pakai seluar pandek a.k.a boxer tak ada sesiapa nak marah dan tegur sebab dia LELAKI, kalau lelaki sebut perkataan kesat tak ada siapa nak marah sebab lelaki memang kasar, kalau lelaki keluar malam sampai subuh baru balik jarang mak ayah marah sebab anak bujang perangai dia memang macam tu, kalau lelaki tak pandai masak tak ada siapa nak ejek, kalau lelaki tak pandai basuh baju tak ada siapa nak marah. sebab lelaki kan COOL. 




Tetapi, kalau perempuan.. 
Perempuan semua tak boleh, tak boleh pakai ketat-ketak, tak boleh pakai seksi-seksi, tak boleh tunjukan rambut, tak boleh keluar rumah, tak boleh tak pakai baju kalau pegi swimming, kalau tak pandai masak kena marah, kalau tak cuci baju sendiri kena marah, kalau balik lewat pun kena marah. ini tak boleh, itu tak boleh. kesimpulannya, SEMUA TAK BOLEH !


Maka, dari situ kot aku rasa macam BERSYUKUR sangat-sangat sebab aku dilahirkan sebagai seorang lelaki. Hal ini kerana.. err, dah macam nak buat karangan spm pulak. hal ini disebabkan lelaki ni kira BEBAS. Dia nak buat apa suka hati dia. tak ada sesiapa yang melarang. Tapi, terlintas di kepala hotak aku ni. betul ke lelaki ni BEBAS? bebas sangat ke? lebih-lebih lagi ada jugak kaum hawa yang jeles dengan kaum lelaki yang terlalu bebas ni sehingga ada yang mempertikaikan sebab dia dilahirkan jadi perempuan. Astarafirrullahhalazim. manusia-manusia.


Kepada perempuan, meh sini baca artikal pendek dan ringkas yang aku sediakan untuk korang. sebenarnya BERAT tau tugas nak jadi LELAKI ni. Lagi-lagi lepas kahwin.Sorry to say laa. aku ni bukannya alim sangat, tapi just untuk peringatan.Bagi kaum segeng ku iaitu kaum Adam yang gagah perkasa di luar sana. kalau korang yang tak tahu mengaji, tak tahu sembahyang dan tak tahu tentang Agama islam. Korang bayangkanlah kalau korang dah kawin nanti. Yelahkan, malam pertama memanglah kau seronok ! tapi hari-hari yang akan datang kalau kau orang semua dah ada anak? macam mana? Besar kau tahu tak tanggungjawab nak jadi suami ! nak jadi bapak orang ! kau yang bernama LELAKI inilah yang akan menjadi pembimbing Isteri dan anak-anak kau dan koranglah yang menjadi ketua di dalam kelurga kau nanti. yelahkan, nampak macam best je jadi ketua, boleh arahkan bini kau masak. Tapi, kerja ketua ni berat bro. kau kena jadi imam time solat, kena tahu mengaji nak ajarkan anak kau, nak kena tahu bab-bab agama untuk membimbing isteri dan anak-anak kau supaya selamat dunia akhirat. bayangkanlah suatu hari nanti anak korang tanya korang "bapak, ajar boboy solat boleh? ustaz kat sekolah cakap solat wajib" haaaa? gelabah gajah kauu ! lepas tu korang nak cakap ape? takkan nak elak kot? "err.. eh! tengok kucing tu ! comel". kau mungkin dapat elak untuk kali pertama, tapi lepas tu, takkan nak elak lagi kot?  maka dari itu sama-samalah kita kaum adam memantapkan lagi akidah dan ibadah kita kepada Allah S.w.t supaya selamat di dunia dan di akhirat. Amin.


Aku nak Family aku macam ni suatu hari nanti :)

MeowMeow: Peringatan untuk kalian dan aku sendiri :)

No comments: