follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Sunday, 30 December 2012

Awesome moments in 2012 ! :)

Salam :)

okay, seperti yang semua tahu, hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2012. Masing-masing antara kita ni dah lalui macam-macam dugaan dan cabaran. Bagi aku, 2012 merupakan tahun yang paling INDAH. Tapi  tak bermakna hari-hari dalam tahun 2012 ni aku ceria. no such things okay ?sebab langit yang cerah tu tak akan sampai ke petang, konfem akan datang hujan. wah, bermadah sakan uolss haakktuiihh. Ada jugak la dua ke empat puluh masalah yang dah aku tempohi dengan jayanya. wow ! hebat kau Muis! Bannggee gileerrr.

Diriku yang kacak ni.
okay, tahun 2012 ni aku rasa banyak mengajar aku macam-macam perkara. Misalnya, perkara macam mana nak jaga hati dan perasaan kawan, macam mana nak menguruskan masa dengan betul, macam mana nak macam itu dan macam mana nak macan ini. haahh. merapu kau. So, perkara-perkara ini mengajar aku untuk lebih dewasa dan matang lagi.

Tahun 2012 ni jugak aku jadi Chubby dan Tembam.

Alhamdulillah jugak aku dapat kekalkan prestasi aku sebagai pelajar yang hadir 100% kat sekolah selama 3 tahun berturut-turut. kau ingat senang ke nak hadir sepenuhnya ? susah okay. tak ada benda senang kat dalam dunia ni. haa. kan dah kena ceramah dengan aku. yelahkan, mana taknya, walau lambat macam mana sekalipun, aku tetap nak datang sekolah untuk mengekalkan status hadir penuh tu. sampaikan ada satu hari tu aku kena hukum tekan tubi seratus kali sebab lewat datang ke sekolah. Tapi masa tu aku SABAR je. hahahaha. Lepas tu kan, aku tak sangka bahawa tahun 2012 ni juga merupakan tahun terakhir aku sebagai SEORANG PELAJAR. Selamat Tinggal kawan-kawan! *lagu selamat tinggal by Dina Ft. Zizan dimainkan -.-


memalukan. Tapi itulah yang akan menjadi kenangan.

Hari Graduasi 31.10.12. Cuba cari mana aku ? muahahah.

Tamatlah zaman persekolahan aku. Macam-macam yang aku dah lalui ni. ohya, aku dengan the geng berjaya menyiapkan dan membentangkan Kolokium. Alhamdulillah. Aku berjaya membentang depan semua rakan-rakan fom6. Memang gementar tahap gajah lah masa tu. Tapi aku berjaya menepis kegementaran itu.


Kawan itu Friend.
Masa aku banyak dihabiskan bersama kawan-kawan. Like seriously, memang kalau ada masa Free mesti lepak sama. Kecuali time nak STPM je aku takda sangat keluar dengan mereka. Masalah kawan tu tetap adalahkan. BOHONG sangat kalau seseorang tu cakap dia tak ada masalah dengan kawan. kau pembohong ! tetiba emo -.-  Malaslah aku nak cerita aktiviti aku dengan kawan-kawan.  meh usha gambar kat bawah.


time ni masa buat lawatan kat rumah warga emas sri kenangan.(program form 6) tak boleh amik pic kat tempat kejadian so kat dalam bas pun bolehh!

Makan kat Macd. Amik gambar dekat Macd. well, Sarawak kan maju sebab ada Macd. LOL.

Ramah tamah merdeka raya 2012 kat skolah. banyak makanan. kenyang sangat. Alhamdulillah.

Meriahnya raya bersama teman-teman. korang bayangkanlah waktu ni aku betul-betul baru sampai kuching terus beraya sakan. penat sangat tp bestt dohh !

Raya with kazen. lepas tu tengok wayang. time ni kazen aku yang belanja tiket wayang. waaa. indahnya dunia jika begini setiap kali nak tengok wayang. hmm.

Dinner with my senior ! kita orang dah lama kot berpisah, lepas tu buat temu janji nak dating. Akhirnya tercapai juga hasratku. ni pun orang belanja makan. Indahhhnyaa.

Photoshoot guna jubah. keJAKUNan okay. yelahkan, bukan selalu dapat guna jubah. so, kita orang and the geng photoshoot sket. Nak tunjuk dengan kawan-kawan yang lain bahawa kita dah nak graduate. kau ada? hahaha. ohya, kita orang ramai tau, tapi saja aku amik pic ni sebab aku nampak kacak kat dalam ni. errr -.-

Waktu ni tengah nak ke pantai-pantai kat seluruh daerah Sarawak. okay, aku tipu. kita orang nak mandi manda kat pantai damai dan sewaktu dengannya. oh ya. sorry tak letak gambar dekat pantai. sebab? sukahati akulah kan nak letak gambar mana. bye.

Gambar berani mati. Amik kat tengah jalan raya. waktu ni memang kita orang rancang nak bunuh diri. pastu kereta jenis Avanza datang then tiba-tiba niat nak bunuh diri terbatal -.-

masa hari lahir aku tu, aku tak sambut pun. Tapi Alhamdulillah. Aku terima 3 kek dan 1 cupcake ! wow ! sangat banyak. Terima kasih kawan-kawan. Aku hargai sangat-sangat.

Tada ! ni dia aku punya cupcakes yang diberi oleh Sahabat baiku. ohh. maaf sebab tulisan atas cupcake tu cacat sebab masa tu dia nak buat suprise unuk aku. Jadi dia sorok-sorok dari aku. ni lah akibatnya main sorok-sorok. kat atas tu dia tulis HB then ada corak-corak sket. Baris kedua dia tulis Muiez yakni nama aku. then bawah tu dia tulis TUA. terasa kau. lol

Keluargaku Syurgaku
Tahun 2012 ni jugak aku banyak keluar dengan family, Kira keluar dengan kawan and Family tu seimbang laa. Tak menyebelahi mana-mana pihak. Aku harap ikatan aku dengan keluarga akan ERAT sehingga ke akhir hayat. Amin.

me with kesayanganku My Mum buat muka 5 days Mc. muahahah!



sesuat yang tertinggal: I hope 2013 become awesome year too! Amin.

2 comments:

Joe said...

ohmagod.. ada muka saya... hahahaha..

MR. Mumu said...

sebab awak dalam kenangan 2012 saya. hahahaha.