follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Friday, 7 December 2012

Istanbul ! aku nak datang !

Salam :)

ohya, korang tahu tak ada cerita best kan pawagam sekarang nih?
tajuk filem dia Istanbul ! aku nak datang !
arahan Mr. M. muahahaha
tak klakar kan? aku tahu -.-

okay. tajuk filem sebenar ialah Istanbul aku datang
Lakonan Lisa Surihani, Tomok dan Beto kusyairy.
pada pandangan aku lah kan, filem ni okayla. best.
jalan cerita dia menarik, tetarik kau memang kebabom!

besttt gilerr!!

Aku dah tengok dah filem ni secara haram.
korang nak tahu tak kat mana?
kat mana lagikan, kat Youtube !
terkejut tak terkejut tak? tak? buat-buat terkejut boleh?
tapi bila aku cek balik, video tu dah di block. 
nasib baek aku sempat tengok. muahaha
takpayah aku buang 10 ringgit aku utk tengok wayang.
korang dah tengok ke belum? ke korang dah tengok -.-
sorry, aku sangat ketinggalan.


sinopsis cerita ni
Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras kerana masing-masing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim



Lisa Surihani

Beto Kusyairy

Tomok

Para pelakon yang terbaiik !




sesuatu yang tertinggal: suka lakonan Beto. Dia memang terbaiiikk ! :D

No comments: