follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Sunday, 30 December 2012

Awesome moments in 2012 ! :)

Salam :)

okay, seperti yang semua tahu, hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 2012. Masing-masing antara kita ni dah lalui macam-macam dugaan dan cabaran. Bagi aku, 2012 merupakan tahun yang paling INDAH. Tapi  tak bermakna hari-hari dalam tahun 2012 ni aku ceria. no such things okay ?sebab langit yang cerah tu tak akan sampai ke petang, konfem akan datang hujan. wah, bermadah sakan uolss haakktuiihh. Ada jugak la dua ke empat puluh masalah yang dah aku tempohi dengan jayanya. wow ! hebat kau Muis! Bannggee gileerrr.

Diriku yang kacak ni.
okay, tahun 2012 ni aku rasa banyak mengajar aku macam-macam perkara. Misalnya, perkara macam mana nak jaga hati dan perasaan kawan, macam mana nak menguruskan masa dengan betul, macam mana nak macam itu dan macam mana nak macan ini. haahh. merapu kau. So, perkara-perkara ini mengajar aku untuk lebih dewasa dan matang lagi.

Tahun 2012 ni jugak aku jadi Chubby dan Tembam.

Alhamdulillah jugak aku dapat kekalkan prestasi aku sebagai pelajar yang hadir 100% kat sekolah selama 3 tahun berturut-turut. kau ingat senang ke nak hadir sepenuhnya ? susah okay. tak ada benda senang kat dalam dunia ni. haa. kan dah kena ceramah dengan aku. yelahkan, mana taknya, walau lambat macam mana sekalipun, aku tetap nak datang sekolah untuk mengekalkan status hadir penuh tu. sampaikan ada satu hari tu aku kena hukum tekan tubi seratus kali sebab lewat datang ke sekolah. Tapi masa tu aku SABAR je. hahahaha. Lepas tu kan, aku tak sangka bahawa tahun 2012 ni juga merupakan tahun terakhir aku sebagai SEORANG PELAJAR. Selamat Tinggal kawan-kawan! *lagu selamat tinggal by Dina Ft. Zizan dimainkan -.-


memalukan. Tapi itulah yang akan menjadi kenangan.

Hari Graduasi 31.10.12. Cuba cari mana aku ? muahahah.

Tamatlah zaman persekolahan aku. Macam-macam yang aku dah lalui ni. ohya, aku dengan the geng berjaya menyiapkan dan membentangkan Kolokium. Alhamdulillah. Aku berjaya membentang depan semua rakan-rakan fom6. Memang gementar tahap gajah lah masa tu. Tapi aku berjaya menepis kegementaran itu.


Kawan itu Friend.
Masa aku banyak dihabiskan bersama kawan-kawan. Like seriously, memang kalau ada masa Free mesti lepak sama. Kecuali time nak STPM je aku takda sangat keluar dengan mereka. Masalah kawan tu tetap adalahkan. BOHONG sangat kalau seseorang tu cakap dia tak ada masalah dengan kawan. kau pembohong ! tetiba emo -.-  Malaslah aku nak cerita aktiviti aku dengan kawan-kawan.  meh usha gambar kat bawah.


time ni masa buat lawatan kat rumah warga emas sri kenangan.(program form 6) tak boleh amik pic kat tempat kejadian so kat dalam bas pun bolehh!

Makan kat Macd. Amik gambar dekat Macd. well, Sarawak kan maju sebab ada Macd. LOL.

Ramah tamah merdeka raya 2012 kat skolah. banyak makanan. kenyang sangat. Alhamdulillah.

Meriahnya raya bersama teman-teman. korang bayangkanlah waktu ni aku betul-betul baru sampai kuching terus beraya sakan. penat sangat tp bestt dohh !

Raya with kazen. lepas tu tengok wayang. time ni kazen aku yang belanja tiket wayang. waaa. indahnya dunia jika begini setiap kali nak tengok wayang. hmm.

Dinner with my senior ! kita orang dah lama kot berpisah, lepas tu buat temu janji nak dating. Akhirnya tercapai juga hasratku. ni pun orang belanja makan. Indahhhnyaa.

Photoshoot guna jubah. keJAKUNan okay. yelahkan, bukan selalu dapat guna jubah. so, kita orang and the geng photoshoot sket. Nak tunjuk dengan kawan-kawan yang lain bahawa kita dah nak graduate. kau ada? hahaha. ohya, kita orang ramai tau, tapi saja aku amik pic ni sebab aku nampak kacak kat dalam ni. errr -.-

Waktu ni tengah nak ke pantai-pantai kat seluruh daerah Sarawak. okay, aku tipu. kita orang nak mandi manda kat pantai damai dan sewaktu dengannya. oh ya. sorry tak letak gambar dekat pantai. sebab? sukahati akulah kan nak letak gambar mana. bye.

Gambar berani mati. Amik kat tengah jalan raya. waktu ni memang kita orang rancang nak bunuh diri. pastu kereta jenis Avanza datang then tiba-tiba niat nak bunuh diri terbatal -.-

masa hari lahir aku tu, aku tak sambut pun. Tapi Alhamdulillah. Aku terima 3 kek dan 1 cupcake ! wow ! sangat banyak. Terima kasih kawan-kawan. Aku hargai sangat-sangat.

Tada ! ni dia aku punya cupcakes yang diberi oleh Sahabat baiku. ohh. maaf sebab tulisan atas cupcake tu cacat sebab masa tu dia nak buat suprise unuk aku. Jadi dia sorok-sorok dari aku. ni lah akibatnya main sorok-sorok. kat atas tu dia tulis HB then ada corak-corak sket. Baris kedua dia tulis Muiez yakni nama aku. then bawah tu dia tulis TUA. terasa kau. lol

Keluargaku Syurgaku
Tahun 2012 ni jugak aku banyak keluar dengan family, Kira keluar dengan kawan and Family tu seimbang laa. Tak menyebelahi mana-mana pihak. Aku harap ikatan aku dengan keluarga akan ERAT sehingga ke akhir hayat. Amin.

me with kesayanganku My Mum buat muka 5 days Mc. muahahah!



sesuat yang tertinggal: I hope 2013 become awesome year too! Amin.

Wednesday, 12 December 2012

12.12.12 Hari Terakhir Dalam Alam Persekolahan :')

salam :)

Tarikh yang unik

lepas nih mana ada lagi kann?

Alhamdulillah, saya dapat menghabiskan semua peperiksaan STPM saya tanpa sebarang masalah.
tak ada demam, batuk, sakit tekak dan sebagainya.
*selesema sikit laa*

Saya dah cuba buat yang TERBAIK.
sekarang, saya hanya perlu berdoa dan tawakal sahaja.
buat pembaca-pembaca blogger saya
*kalau ada*
doakan supaya saya dapat 3 pointer ke atas okay?
saya perlu dapat 3 pointer untuk saya sambung pelajaran saya di peringkat Universiti yakni menyambung Degree.
*wahh ayattt*

terus terang saya katakan, STPM ni sajalah satu-satunya harapan saya. kira harapan terakhir saya untuk melangkah ke dunia Universiti rr.
yelahkan, result SPM tak berapa. sebab main-main masa tu.
*muahahahaha*

dengan ini saya mengisytiharkan bahawasanya saya akan BREAK UP dengan STPM. bye sayang.

saje nak tunjuk pengelike ramai. LOL -.-


sesuatu yang tertinggal: doakan saya ok? nanti saya bagi Galaxy note 2 dalam mimpi. okay?

Monday, 10 December 2012

tak perlu bayar kalau nak senyum

salam :)

Senyummm sayangg!

hah, hari ni aku nak buat entri pasal SENYUM! tak perlu kata apa-apa !
*senyum sket nak tengok awak jongang ke tidak*

okay. nak tanya sikit. susah sangat ke nak SENYUM ni?
kenapa? kalau senyum kena keluar duit ker?
kalau senyum kena bayar yuran ker?
kalau senyum kena penumbuk ker?
takkan?

Jadi, kenapa susah sangat nak senyum?
Aku selalu la pergi kedai nak beli barang2 keperluan sikit.
Sampai kat tempat Cashier tu, muka cashier tu mesti macam muka berok yang baru mati anak. siap jeling-jeling okay!
Mood aku yang happy-happy tadi tetiba bertukar menjadi moody disebabkan beruk tu. eh, silap-silap. Cashier.
*kesalahan yang disengajakan*

Cubalah senyum sikitkan. senyum tu kan satu..?
yea betul. satu sedekah. bukan satu Malaysia.
Dapat Pahala. pelanggan pun happy. yeker? haha.
Jadi kepada pekerja-pekerja kat luar sana, tak kira awak tu cashier ke, salesgirl/salesman ker, cleaner ke kalau awak rasa awak bukan BERUK, so SENYUMLAH. okay? hahaha!

smile cos you're beautiful :)



sesuatu yang tertinggal: senyumlah sementara masih ada gigi :)

Sunday, 9 December 2012

Baca balik

Salam :)

hai semuanya. hari ni aku gelak sorang-sorang kot.
nak tahu tak kenapa?
*bunyi cengkerik dan katak*

err. okay. Hari ni aku baca balik entri-entri yang pernah aku post dalam blog aku ni since 3 februari 2009!
*tarikh aku 1st buat blog*

Like seriously, aku gelak sorang-sorang kot baca balik apa yang aku tulis dulu. penulisan aku dulu memanglah terok, malah terok, selain itu terok, akhir kata terok, natijahnya teroklah!

Cara aku meluahkan perasaan kat blog menampakan aku belum matang lagi masa tu. Nampak sangat sifat kebudak-budakan aku.  Yelahkan, memang budak pun. fom4 kot masa tu. lagi comel. sekarang bertambah comel. hahaha! err. okay. x klakar -.-

Bila aku baca balik apa yang aku post. Ada sedikit perasaan malu lah. sebab dulu aku post entah apa-apa entah.
Aku post je apa yang aku suka. Aku tak peduli orang faham ke tak. hahahahaha! er, okay. x klakar jugak -.-

hmm. tapi bila aku baca balik apa yang aku tulis, sumpah aku rindu. Rindu nak jadi budak lagi. Rindu nak jadi budak sekolah. lebih-lebih kan aku? yelahkan, STPM rabu ni last. Tapi aku dah mula rindu kat Sekolah. kenangan kat sekolah. lepas ni aku bukan pelajar sekolah lagi. Rindu :')
*tiba-tiba sesat kat cerita lain*

Khidmat Masyarakat-Rumah Sri Kenangan
(26/4/2012)



sesuatu yang tertinggal: kenangan lalu mengusik jiwa :)

Friday, 7 December 2012

Istanbul ! aku nak datang !

Salam :)

ohya, korang tahu tak ada cerita best kan pawagam sekarang nih?
tajuk filem dia Istanbul ! aku nak datang !
arahan Mr. M. muahahaha
tak klakar kan? aku tahu -.-

okay. tajuk filem sebenar ialah Istanbul aku datang
Lakonan Lisa Surihani, Tomok dan Beto kusyairy.
pada pandangan aku lah kan, filem ni okayla. best.
jalan cerita dia menarik, tetarik kau memang kebabom!

besttt gilerr!!

Aku dah tengok dah filem ni secara haram.
korang nak tahu tak kat mana?
kat mana lagikan, kat Youtube !
terkejut tak terkejut tak? tak? buat-buat terkejut boleh?
tapi bila aku cek balik, video tu dah di block. 
nasib baek aku sempat tengok. muahaha
takpayah aku buang 10 ringgit aku utk tengok wayang.
korang dah tengok ke belum? ke korang dah tengok -.-
sorry, aku sangat ketinggalan.


sinopsis cerita ni
Istanbul Aku Datang mengisahkan gadis periang dan manja bernama Dian. Keinginannya cuma satu - untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.

Masalahnya, Azad sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul yang mengambil masa enam tahun. Terlalu lama untuk Dian terus menunggu lalu dia berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan daripada Azad supaya mereka boleh segera berkahwin dan tinggal bersama di Istanbul, sementara Azad boleh meneruskan pengajiannya.

 Malangnya, apabila Dian tiba di Istanbul, dia disambut tawar oleh Azad yang risau kehadiran Dian mengganggu fokusnya. Dia juga tidak senang Dian menumpang di flatnya yang dikongsi dengan dua kawan lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari rumah baru.

Namun, ia tidaklah semudah disangka. Selepas membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati tertipu kerana rumah itu sudah pun diduduki lelaki Melayu, Harris. Disebabkan tuan rumah sebenar pergi bercuti, terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana kedua-duanya berkeras kerana masing-masing berhak tinggal di situ.

Perang dingin pun bermula antara mereka kerana masing-masing berasakan teman serumahnya begitu merimaskan. Pada masa sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi daripada Azad yang pastinya akan mengamuk jika dia dapat tahu Dian tinggal serumah dengan seorang lelaki yang bukan muhrim



Lisa Surihani

Beto Kusyairy

Tomok

Para pelakon yang terbaiik !




sesuatu yang tertinggal: suka lakonan Beto. Dia memang terbaiiikk ! :D

Surprise ! cantik tak cantik tak!?

Salam :)

apa kabar ibu-ibu bapak-bapak semuanya?
*bunyi cengkerik*

okay fine. tak ada orang yang jawab. lantaklah kan.
muahahaha
okay. cuba awak semua-semua tengok blog saya.
berubah tak? berubah tak? berubah kan?
kira blog aku ni makin hensem la kan
*macam tuannya jugak*

 My blog before deco-deco


 my blog after deco-deco. hensem kan? -.-


saya dah ubah kot blog saya menjadikannya lebih SIMPLE.
sorryla sebab header saya macam taik!
tak pandai nak guna photoshop segala untuk edit.
     

sesuatu yang tertinggal: cubalah ada insan yang baik, comel dan kiut buatkan header untuk saya kan besst. kan kan kan?
*pantun satu*  

Thursday, 6 December 2012

Aku Janji Aku Akan BOGEL !

Salam :)

Dalam era globalisasi ini, kita seringkali dikejutkan malah digemparkan dengan berita-bertia lucah di laman sosial iaitu laman Facebook.
*nak buat esei Spm pun bolehh*

okay, sorry merapu-rapu macam penyampu. eh? -.-
korang perasan tak, zaman sekarang ni, yelah bebudak zaman sekarang ni suka sangat update status tak pakai akal. diaorang ada otak, tapi akal letak bawah tuuttt. sensor di situ. maaf.

Pasal kes yang baru-baru ni. Malaysia lawan dengan Laos.macam-macam diaorang update.
"hai semuaa, kalau Malaysia menang saya nak potong saya punya tuuttt"
"kalau Malaysia menang saya nak bogel sambil gangnam style"
"kalau Malaysia menang saya nak, emm.. nak kat awak !" err -.-

Kesian kat orang-orang macamni kan. nah 20sen.
dan tahniah la saya ucapkan sebab awak fames dalam masa sehari. LOL.
okay. tak dapat ke nak update benda yang baik baik lagikan suci?
cuba laa cakap kalau Malaysia menang nak tolong jiran basuh baju ke,
kalau Malaysia menang nak cuci longkang ke. kann?
ini tidak, update status yang makan diri.

kalau dah terkantoi, kemain lagi kau mengelak.
"eh? perhatian, itu bukan FB saya. itu Fake okayy. huksss"
"sorry, FB titew kena hack. thanks timah sebab bagitau kat titeww"
*tangan di bahu mata ke atas*

Gemuruh SUAAAARRAAAAA!! saksikan ahad ni. 9 disember 2012.


go abang-abang rimau. titew sokong awak temuaaa  -.-



sesuatu yang tertinggal: kalau Malaysia menang lawan Thailand Malam Ahad ni, aku janji aku akan BOGEL ! dalam bilik mandi :)


Saya perasan sesuatu.

Salam semuanya !

hah, nak habaq mai kejap. 
aku kan dah lama tak update blog.
jadi masa aku log in tadi aku memang excited sangat nak baca blog2 yang I follow since I join ber'bloggin nih
*wahh. I, I u. ko ader?"

tapi semuanya cerita didalamnya sudah basi juga.
maksud saya semua last post diaorang 8 months ago.
what?
*mengata orang lak, dia pun sama!*

tak, aku kira macam terperanjatlah kan.
aku ingatkan aku sorang je yang buat sarang dalam blog ni.
rupa-rupanya korang pun sama gak?
hum. nak buat macam mana kan.
okay, ikhlasnya aku buat blog ni dulu sebab ekot orang.
orang ada FB, aku nak buat FB jugek
orang ada acc youtube aku pun nak buat jugak
orang ada friendster, aku nak ada friendster jugak
*eh? zaman FS dah berlalu. muahaha*

kira macam ni rr muka aku terperanjat tadi.
comel tak muka aku terperanjat?


kesimpulannya, kita semua samakan !
hahahaha.
and blogger-blogger yang masih aktif semuanya blogger yang hebat-hebat.
yang cantik-cantik
yang lawa-lawa
yang hensem-hensem(macam aku)



sesuatu yang tertinggal: tak sanggup lagi akuu. mengenang kisah lalu *lirik lagu. LOL -.-


LAMA GILAAAA dan AKU TAK TAHU

Salam kepada semua pembaca blog aku fames ni. okay fine.
 seperti yang sedia maklum, aku lama tak update blog aku ni. 
*ada ke org kesah?* 

Sorry guys, sibuk sikit dengan preparation untuk STPM. 
*yelahtu*


Aku rasa aku akan aktif balik kot untuk ber'blogging. Tapi aku ada Masalah sikit. bukan sikit, tapi BANYAK. tak rr banyak sangat.eh?mana-manalah kan. 
Tapi sejujurnya aku dah tak tahu lagi macam mana nak design blog aku ni. sebab aku perasan blog sekarang dah banyak berubah. well, people changed. hmm. takde kaitan kan -.-



so, for someone out there. Tolong saya please. sumpah memang blurr sangat-sangat. kalau ada terkeluar soalan STPM tanya macam mana nak desing blog, sumpah aku akan gagal paper tu. korang takkan nak tengok aku gagalkan? eh? menyimpang lagi -.- so, tolong okay okay okay? tu je. byee and Salam :)


"Tolong saya yang COMEL ni" 
kata kucing kepada spesisnya -.-





sesuatu yang tertinggal: tangan dibahu mata ke atas -_____-'