follow+dashboard

Hello-hello welcome to my blog. Enjoy Reading :)

Saturday, 19 January 2013

keBOSANan yang melampau.

Salam :)
apa khabar semua sihat tak? *krikk. krikk. krikk..
okay. semenjak aku dah habis menempuhi ujian paling susah didonia yakni STPM kan, aku rasa kehidupan aku semakin tenang dan jugak releks gitu. Kepala hotak aku tak beserabut nak pikeq pasal homework bagai. Malah, Aku merasakan seolah-olah aku beterbangan di awan sambil ditemani oleh pari-pari. waahh! indahnya. okay, aku tipu part terbang dengan pari-pari tu.

Tapi yang tak berapa nak syoknya ialah aku tak tahu nak buat apa waktu cuti ni. Waktu cuti aku disia-siakan begitu sahaja bagaikan melukut ditepi gantang. err. macam pelik je bunyi. lantaklah -.- 



Hari-hari biasa okayla, masa aku dihabiskan kat tempat kerja. Tapi hari weekend nilah yang paling aku bengang sekali. Aku tak tahu nak buat apa. Masa tengah STPM dulu bukan main banyak lagi benda aku nak buat. tapi dah habis habukk pun takdakkk. bye.


Sesuatu yang tertinggal: jum batu seremban !

Tuesday, 1 January 2013

1st entri 1/1/2013 :)

Salam, selamat tahun baru. Ohya, besok aku dah mula kerja. excited dan tak sabar giler. yang penting GAJI okay ? hahahaha. btw, tu je kot yang aku nak kabarkan. Malas nak type panjang2. bosan tak 1st entri aku ? hahaha. bye.




Sesuatu yang tertinggal: Azam baru ? nak berkawan dengan budak nama azam -.-